Pemerhati politik berpanda­ngan, sekali pun suara rakaman yang melabelkan Timbalan Pre­siden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai orang suruhan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bukan milik Anwar, namun ia mampu mempengaruhi sesiapa sahaja dan mencetuskan kebimbangan berhubung nasib Anwar dalam kalangan penyokongnya.

Kerisauan itu ditambah de­ngan sikap Mohamed Azmin yang berteka-teki dalam pemilihan PKR kali ini serta tindakan Dr. Mahathir melantiknya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad yang mengawal banyak syarikat gergasi negara. 

Berdasarkan sejarah, Dr. Mahathir memang gemar memberi peluang kepada pemimpin yang dilihat layak menjadi