Judul : (ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno
link : (ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno
(ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno
KUALA TERENGGANU - Semua pihak perlu husnuzon atau bersangka baik dengan kekalahan Umno pada PRU14 kerana hikmah kejatuhan itu membawa kepada jalinan kerjasama antara Pas dan Umno.
Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, beliau melihat kejatuhan Umno dan BN dari sisi positif kerana selama 60 tahun parti itu memerintah negara ini, kerjasama kedua-dua parti itu sukar direalisasikan.
Kita kena husnuzon, bersangka baik dalam segala ketentuan ditetapkan oleh ALLAH S.W.T sama ada Pas sendiri yang ALLAH tak izinkan lagi memerintah Malaysia atau kejatuhan Umno ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
“Kita orang beriman mesti hadapinya dengan tenang dan berlapang dada, insya-ALLAH kita akan lihat kebaikan daripada apa yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.
“Dalam al-Quran sendiri ada cakap, mungkin benda yang kau suka tidak baik untukmu dan mungkin benda kau tidak suka baik untukmu,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Pusat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.
Muktamar yang dihadiri seramai 724 perwakilan muslimat dari 177 kawasan seluruh negara itu dirasmikan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.
Hadir sama Ketua Wanita Umno Pusat, Datuk Dr Noraini Ahmad yang merupakan jemputan khas ke muktamar tahunan itu.
Nuridah turut berterima kasih kepada Dr Noraini dan rombongannya yang sudi hadir ke muktamar kali ini dan beliau menyifatkan kerjasama antara dua blok parti Melayu itu adalah untuk kepentingan agama Islam dan kaum Melayu sendiri.
“Umno dulu pemerintah tapi sekarang sama dengan Pas sebagai pembangkang, ini untuk kita sama-sama kuatkan pembangkang.
“Orang kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Apabila kita bekerjasama untuk kepentingan Islam dan bangsa, rakyat akan mendapat manfaat,” katanya. - SH
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel (ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno
Sekianlah artikel (ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (ISLAM, MELAYU BERSATU) Hikmah kekalahan Umno dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/islam-melayu-bersatu-hikmah-kekalahan.html