Judul : (MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS
link : (MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS
(MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS
KUALA TERENGGANU: Selepas lebih 60 tahun PAS bermusuhan dengan Umno hari ini kedua-dua parti itu dilihat semakin serasi khususnya selepas pilihan raya umum ke-14 lepas.
Hari ini sekali lagi kemesraan itu jelas kelihatan apabila pemimpin kanan Umno yang diketuai presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir di majlis perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke-64 bertempat di Stadium tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.
Zahid tiba kira-kita jam 9.30 pagi disambut pemimpin PAS dan ahli parti itu yang hadir.
Selain Zahid, turut kelihatan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Muda, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad serta pimpinan tertinggi parti itu.
Muktamar PAS pusat berlangsung 2 hari dari 15 hingga 16 September bertempat di Kuala Terengganu, negeri yang baru dirampas kembali parti itu dalam pilihan raya umum Mei lalu.
Ia akan akan dirasmikan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini Umno memberi lampu hijau untuk menghantar wakilnya dalam Muktamar PAS.
Pada Muktamar Pemuda PAS Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Datuk Ashraf Wajdi Dusuki turut hadir.
PAS turut menyatakan pendirian sama tidak menolak untuk menghantar wakilnya ke Persidangan Agung Umno jika dijemput atas dasar semangat pembangkang. - FMT
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel (MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS
Sekianlah artikel (MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (MENDEBARKAN PH & KAFIR) Zahid, pemimpin kanan Umno hadir Muktamar PAS dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/mendebarkan-ph-kafir-zahid-pemimpin.html