Seperti dijangka dan kelaziman, rata-rata komen di bawah artikel berkenaan memberi tumpuan kepada dua pemimpin iaitu si penulis warkah, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan orang yang ditujukan warkah itu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada yang memuji Khaled dan menghentam Muhyiddin. Tidak kurang juga yang membela Muhyiddin dan menyindir Khaled.

Menarik untuk diperkatakan tentang dua pemimpin ini. Kedua-duanya bekas Menteri Besar Johor. Bezanya, Khaled masih bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN), manakala Muhyiddin bersama-sama bekas Perdana Menteri keempat yang kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad buat masa ini, menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang kini membentuk kerajaan di bawah Pakatan Harapan.

‘Warkah Khaled buat Muhyiddin’ sebenarnya cukup menarik dibaca kerana pada pandangan penulis, ini bukan surat biasa-biasa daripada bekas rakan seperjuangan atau separti, bukan juga surat daripada ahli biasa tetapi yang kini memegang jawatan tinggi – seorang daripada Naib Presiden UMNO.

Di saat-saat pimpinan parti itu dilihat agak lambat memberi respons kepada sindiran, kritikan mahupun herdikan daripada Kerajaan Baharu, malah jika ada pun nadanya agak lemah dan kurang menyengat, warkah Khaled seolah-olah menghilangkan dahaga ahli-ahli UMNO yang sudah lama tidak mendengar kelantangan suara pemimpin tertinggi parti itu.

Namun warkah Khaled bukan warkah biasa. Warkah Khaled bukan hanya untuk membalas kenyataan Muhyiddin yang dibuatnya dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian, sebaliknya mengandungi ‘amaran’ dan ‘bayangan’ tentang kemungkinan hala tuju baharu parti politik yang menerajui kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang.

Warkah itu bukan hanya Khaled dan Muhyiddin yang menjadi ‘pelakonnya’ sebaliknya telah membuka  gelanggang yang mengheret parti sekutu Bersatu di dalam Pakatan Harapan iaitu PKR ke tengah.

Untuk Khaled melontarkan idea gabungan baharu ‘Pakatan Malaysia’ melibatkan UMNO/BN bersama-sama PKR tidak mungkin timbul