Judul : Persamaan Kelantan dan Turki
link : Persamaan Kelantan dan Turki
Persamaan Kelantan dan Turki
Apa ada dengan Kelantan ?
2 tahun lepas saya ada naikkan status di facebook mengatakan Turki & Kelantan ini ada banyak persamaan. Tetapi status tersebut tidak diberikan butiran lanjut kerana pada waktu tu kali terakhir saya ke Kelantan ialah 10 tahun dahulu.
Alhamdulillah 3 minggu lepas saya sempat meluangkan waktu di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Betullah firasat saya bahawa orang Kelantan & Turki ini banyak persamaannya.
Ini adalah dari pemerhatian secara kasar dari saya:
1. Bendera Kelantan & Turki 90% sama baik warna & Jatanya.
1. Bendera Kelantan & Turki 90% sama baik warna & Jatanya.
2. Orang Turki sayangkan bendera mereka dikibar di mana-mana. Sepanjang saya menerima tetamu dari Malaysia ke Istanbul, saya pernah lihat hanya orang Kelantan akan bawa bendera mereka untuk dikibarkan ditempat mereka pergi.
3. Orang Turki begitu cintakan bahasa mereka. Begitu juga orang Kelantan. Bukan sahaja dari segi pertuturan tetapi di seluruh kelantan kita lihat papan tandanya bertulisan bahasa melayu & jawi. Malah orang cina fasih berbahasa melayu dialek Kelantan.
4. Di Istanbul, terdapat banyak kedai emas & kedai emas ini tiada pengawal keselamatan yang menjaganya. Begitu juga di Kota Bharu, bersepah kedai emas mengalahkan kedai orang jual ayam. Paling mengejutkan semua kedai emas yang saya jumpa di Kota Bharu memang tiada pengawal keselamatan yang jaga.
5. Ekonomi Turki dipegang oleh orang Turki sendiri. Sama seperti di Kelantan.
6. Di Turki, pekerja-pekerja terdiri dari orang Turki sendiri. Tak kisahlah pekerja pembersihan, sektor binaan, kilang atau kerja di pasar sekalipun. Sama juga di Kelantan, hampir mustahil saya nak lihat orang Bangladesh, Nepal atau Indonesia menguasai sektor pekerjaan di Kelantan. Semua pekerja orang Kelantan sendiri.
7. Orang Turki suka berhijrah ke serata dunia. Begitu juga orang Kelantan. Di mana-mana negeri di Malaysia ada orang Kelantan. Jika serata dunia ada orang Turki menjual kebab, di serata Malaysia pula ada orang Kelantan buka kedai Tomyam.
8. 10-11 tahun dahulu Istanbul sangat kotor & tiada pelan perancangan bandar yang sistematik. Sama juga dengan kelantan, lebih kurang 10 tahun lepas saya pergi kelantan sangat kotor. Alhamdulillah baru2 ni pergi kelantan terutamanya Kota Bharu sangat cantik & bersih.
Saya rasa itu sahaja faktor persamaan yang saya dapat lihat setakat ini. Walaupun Kelantan sering dikatakan negeri miskin tapi saya lihat kuasa membelinya tinggi. Kos sara hidupnya juga murah.
Jika kita lihat penerbangan domestik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur atau sebaliknya berbanding negeri lain, Kelantan paling tinggi iaitu sekitar 50 penerbangan sehari.
Atas semangat Malaysia baru saya harap Kelantan akan mendapat royalti minyak mereka seperti yang dijanjikan sebelum ini seterusnya boleh membina lebih banyak infrastruktur untuk kebaikan rakyat Kelantan sendiri.
Khalid Pattali (Bukan ore Kelate)
Dari Laut Hitam Turki
Dari Laut Hitam Turki
#CopyPaste FB : Khalid Pattali
Dari Shah Alam, menetap di Istanbul, Turkey.
Dari Shah Alam, menetap di Istanbul, Turkey.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Persamaan Kelantan dan Turki
Sekianlah artikel Persamaan Kelantan dan Turki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persamaan Kelantan dan Turki dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/persamaan-kelantan-dan-turki.html