Judul : Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3
link : Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3
Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3
KUALA LUMPUR: Polemik tokoh sebenar yang membuka Kuala Lumpur antara Raja Abdullah atau Yap Ah Loy tidak akan menemui penyelesaian sekiranya jawapan terhadap pertikaian itu hanya terhad kepada dua pilihan berkenaan.
Pandangan daripada kelompok pertama menyebut Raja Abdullah yang berketurunan Bugis sebagai tokoh bertanggungjawab, manakala versi kelompok kedua pula beranggapan Kuala Lumpur dibuka oleh Yah Ah Loy, iaitu Kapitan Cina ketiga.
Bagaimanapun sejarawan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kedua-dua pandangan itu salah kerana Kuala Lumpur sebenarnya dibuka oleh lelaki berketurunan Mandailing dari Sumatera, iaitu Sutan Puasa.
"Sutan Puasa ini berasal daripada keturunan yang baik-baik dari Sumatera yang membuat penempatan di pertemuan antara Sungai Lumpur dan Sungai Klang.
Malah beliau juga menjemput dua Kapitan Cina sebelum Yap Ah Loy, iaitu Hew Siew dan Liu Ngim Kong untuk sama-sama memajukan wilayah baharu berkenaan.
Banyak tempat dinamakan 'kuala'
"Secara logiknya bagaimana Ah Loy boleh membuka kawasan itu kalau beliau adalah Kapitan Cina ketiga?" katanya kepada Sastera & Budaya di Universiti Malaya (UM) di sini.
Sebaliknya, tegas Kay Kim, semua kekeliruan itu berlaku kerana sikap malas untuk melakukan penyelidikan yang terperinci dan hanya mengambil jalan mudah dengan meneka-neka.
"Satu lagi isu yang penting, mengapa kawasan ini dinamakan Kuala Lumpur? Kalau dilihat di negara ini, banyak tempat yang dinamakan `kuala'.
"Dalam kalangan orang Melayu penempatan berdekatan sungai seperti Kuala Pilah kerana wujudnya Sungai Pilah dan Kuala Kangsar disebabkan adanya Sungai Kangsar.
"Kuala Lumpur sebenarnya memiliki Sungai Lumpur sebelum ia ditukar nama kepada Sungai Gombak pada 1875 atas sebab yang tidak dapat dipastikan," katanya.
Kay Kim berkata, sejarah sangat penting dalam memahami pembangunan sesebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa tetapi sejarah bukan subjek kegemaran pada masa kini, sebaliknya ramai kalangan rakyat yang melihat sejarah adalah politik semata-mata.
"Pandangan sebegitu tidak benar. Ada ramai orang di negara ini yang berjaya dalam pelbagai bidang tetapi tidak diketahui orang kerana orientasi sejarah kita hanya menekankan pada politik.
"Sejarah negara hari ini terlalu banyak dipolitikkan sehinggakan hanya pejuang politik saja mendapat tempat dalam landskap sejarah negara sedangkan ramai tokoh yang membantu dalam pembangunan Malaysia tenggelam begitu sahaja," katanya.
Ramai orang Melayu berjaya sejak 1930-an
"Malah, sejak 1930-an sudah ramai orang Melayu yang berjaya sebagai patologis dan pentadbir, tetapi tidak dikenali berikutan sikap melihat hanya politik yang penting dalam memahami sejarah," katanya.
Kay Kim berkata, masyarakat perlu mengenal tokoh seperti Datuk Hamzah Abdullah, anak Melayu yang pertama dilantik sebagai pegawai Malayan Civil Service (MCS) pada 1920-an; Abdul Rahman Andak tokoh dari Johor yang terbabit dalam penggubalan undang-undang Johor dan Dr Mustafa Osman, tokoh dari Kedah yang menjadi patologis Melayu pertama.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3
Sekianlah artikel Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Prof Khoo Kay Kim: Tak Logik Yap Ah Low Buka KL, dia Kapitan Cina Ke-3 dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/prof-khoo-kay-kim-tak-logik-yap-ah-low.html