Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?

Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE? - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?
link : Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?

Baca juga


Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak hukuman sebat ke atas dua lesbian di Terengganu awal bulan ini, hari ini, sekali menegaskan bahawa tindakan itu adalah tidak adil.
Bernama melaporkan dalam temu bual menerusi satelit dalam program berbahasa Inggeris, UpFront, terbitan Al Jazeera yang dijadual ke udara pada 3.30 pagi di saluran globalnya, Anwar berkata:
“Saya juga telah mengutuk hukuman sebat ke atas golongan lesbian yang dilaksanakan oleh PAS Terengganu.
“Saya fikir ini memang jelas tidak adil. Walaupun mereka menggunakan undang-undang syariah sebagai asas, kita tidak boleh mempertahankan tindakan sedemikian.”
Mengenai RUU355 yang dicadangkan PAS untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson itu berkata:
“Itu adalah interpretasi mereka yang diperkenalkan, dan kami menolaknya. Sekurang-kurangnya benarkan forum untuk membincangkannya.
“Ini bukannya hudud syariah, ini adalah tafsiran mereka sendiri atau beberapa aspek daripadanya. Oleh itu, kita perlu mengkaji semula keseluruhan isu tafsiran Syariah secara kabur dan sempit, yang kita tidak dapat merestuinya.
Sebelum ini, lapan mufti negeri menyatakan sokongan terhadap hukuman sebat itu dan menggesa masyarakat tidak mempertikaikannya.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita di Terengganu perlu dinilai daripada hikmah undang-undang Islam dan bukannya berdasarkan perspektif politik.
“Berbeza sudut politik, undang-undang Islam menilai hukuman berkenaan sebagai satu pengajaran bukan sahaja kepada pelaku tetapi orang ramai. Istilah bengis hanya sekiranya terdapat sebarang bentuk cakaran atau bunuh, bagaimanapun hukuman dilaksanakan itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.
“Mana-mana pihak juga tidak perlu mempertikaikan hukuman dijalankan secara terbuka kerana sememangnya perlu dilakukan dikhalayak agar dapat dijadikan pengajaran dan didikan,” katanya.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang pula berkata, hukuman seperti itu tidak perlu dipertikai kerana ia diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
“Kena hormatilah kerana hukum tersebut dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada dalam Islam… Dalam Islam, memang ada dalil yang membenarkan hukuman dijalankan di depan khalayak supaya menjadi pengajaran kepada yang lain. Jadi usah kita pertikai kerana perkara ini bukan rekaan manusia.
“Apabila Allah menetapkan sesuatu, sudah tentu ada pengajaran yang amat besar di sebaliknya. Hakim yang menjatuhkan hukuman itu juga sudah tentu memiliki ilmu agama yang tinggi dan mempunyai kelayakan secukupnya.
“Bagi mereka yang tidak memahami, itu lain cerita tetapi buat individu yang sedar dan tahu tetapi masih mahu mempertikai, tindakan itu mampu membawa implikasi besar kepada akidah mereka,” katanya.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan lesbian tidak termasuk di dalam kategori kesalahan hudud, justeru, ia hanya dikenakan hukuman takzir yang diserahkan kepada budi bicara mahkamah atau pihak kerajaan untuk menentukannya sama ada sebatan, penjara, denda atau cara-cara lain yang difikirkan wajar dan sesuai supaya menjadi pengajaran kepada pelakunya dan juga kepada masyarakat.
“Tindakan sebat yang dilaksanakan itu mesti disokong oleh semua pihak demi untuk mencegah perbuatan keji dan terkutuk ini daripada merebak di dalam masyarakat yang akhirnya mampu mengheret bangsa dan negara ke jurang keruntuhan.
“Malah dilihat dari perspektif Islam, mecegah perbuatan keji dan tidak bermoral adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa seperti mana yang dinyatakan di dalam al-Quran, surah Al-Haj: 61,” katanya.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, juga berpendapat proses sebatan pesalah undang-undang syariah tidak perlu dikaji semula kerana pelaksanaan hukuman itu tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Hukuman sebatan yang berlaku di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu adalah mengikut undang-undang syariah yang ditetapkan.
“Sekiranya hukuman sebat yang dijalankan bercanggah dengan undang-undang, maka ia wajar di kaji semula. Namun, jika kajian semula yang ingin dijalankan adalah bagi tujuan penambahbaikkan, mungkin ia boleh dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berpendapat hukuman sebat itu lebih berperikemanusiaan, berbanding sebat dalam undang-undang sivil.
“Ia tidak mencederakan sebaliknya hanya bersifat mendidik, memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan perbuatan dilarang Allah contohnya hubungan sejenis seperti lesbian.
“Saya rasa mereka yang membantah itu lebih baik mengkritik terlebih dulu hukuman sebat dalam undang-undang sivil yang lebih memudaratkan seperti merosakkan anggota badan,” katanya.
Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad, pula berkata, rata-rata hari ini orang Islam tidak mengetahui apa yang ada di dalam syariat sehingga menganggap hukuman sebat itu sengaja diada-adakan.
“Sepatutnya orang Islam sudah tahu hukum sejak mula baligh, kena belajar dan akhirnya tidak akan timbul masalah dan salah faham. Mereka yang rasa begitu (hukuman sebat beri imej buruk kepada Islam) kerana mereka jahil tentang hukum Islam sedangkan hukum Allah lebih cantik.
“Malah dalam kes di Terengganu, pesalah sendiri reda, mengaku salah dan tidak bantah hukuman dijalankan. Disebabkan kejahilan, orang Islam sendiri memandangnya tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Di mana tidak adil dan tidak berperikemanusiaan itu, saya tidak tahu,” katanya.
Berkenaan terdapat pandangan bahawa perlakuan LGBT adalah hak individu, beliau berkata:
“LGBT adalah jenayah dalam Islam, ada kisah umat Nabi Lut yang Allah murka, tetapi sampai hari ini ada yang kata kasihan kepada golongan itu. Ramai yang menganggap mencuri, membunuh, mencedera dan memukul orang sahaja jenayah. Tetapi mereka tak sedar homoseksual dan lesbian juga jenayah dalam Islam.”
Sementara, Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berpendapat hukuman itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia dibuat berdasarkan hukum syarak dan peruntukan undang-undang di Terengganu.
“Tidak timbulnya ianya satu hukuman zalim kerana melibatkan hukuman sebat. Kenapa pula mereka mempertikaikan cara syariah ini, sedangkan mereka tidak mempertikaikan cara sebatan pada kesalahan di mahkamah sivil yang jelas bercanggah dengan syariat dan tidak berperikemanusiaan?
“Mereka sepatutnya berusaha mengubah bentuk sebatan itu supaya selaras dengan kehendak syariat yang lebih mementingkan pengajaran daripada mencederakan pesalah dalam hal sebatan itu,” katanya.

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE?

Sekianlah artikel Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M, Anwar Sama saja TAK Sokong Islam, siapa patut jadi PM? LGE? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/tun-m-anwar-sama-saja-tak-sokong-islam.html

Subscribe to receive free email updates: