Judul : Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas
link : Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas
Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kebimbangan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap usaha mengubah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman Barat merupakan perkara serius dan tidak boleh dipandang remeh.
Hal ini kerana, perkembangan mutakhir menyaksikan berlaku pertukaran kerajaan dengan pendekatan lebih liberal dan terbaharu, wujud usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang mencetuskan rasa terkejut serta marah dalam kalangan orang Melayu.
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berpandangan, apa yang dibimbangkan oleh Tengku Abdullah adalah akan berlakunya ‘amukan’ dalam kalangan orang Melayu bila mana tahap kesabaran mereka tidak lagi mampu dikawal.
“Raja hanya akan bersuara jika sesuatu perkara berada dalam keadaan tidak stabil atau meruncing, amaran Tengku Abdullah amat jelas iaitu baginda mahu hak orang Melayu yang dipersetujui melalui perjanjian kontrak sosial tidak dipertikai.
“Jika tidak, orang Melayu yang selama ini banyak beralah dan bertoleransi sehingga menjadikan negara ini aman walaupun hidup secara majmuk hilang sabar yang akhirnya mencetuskan pergaduhan seperti berlaku pada 1969,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tengku Abdullah bertitah bahawa baginda khuatir sebarang pembaharuan dan perubahan kepada dasar sosial politik negara yang dilakukan tanpa kajian yang mendalam akan hanya mengundang mudarat yang tiada berkesudahan.
Sementara itu, pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam merasakan apa yang dititahkan oleh baginda adalah berkaitan ICERD yang tidak sesuai dijalankan di negara ini.
“Negara kita dibentuk melalui sejarah panjang begitu juga Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kehidupan kita ketika ini. Di dalamnya termaktub segala perkara yang membolehkan Malaysia bergerak seperti mana ketika ini iaitu dalam keadaan aman serta tenteram tanpa mana-mana kaum didiskriminasi,” katanya.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas
Sekianlah artikel Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bimbang "AMUK" Melayu, Prof. Dr. Teo Kok Seong ulas dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/11/bimbang-amuk-melayu-prof-dr-teo-kok.html