G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk

G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk
link : G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk

Baca juga


G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah mula cuak dan takut dengan kebangkitan kuasa rakyat sehingga terpaksa menggunakan aspek undang-undang untuk menggertak Gabungan Kuasa Tiga (G3), demikian kata Timbalan Pengerusinya, Amran Ahmad Nor.
Ujar Amran, Guan Eng semakin tidak senang duduk selepas G3 mengisytiharkan perang terhadap DAP untuk mempertahankan bangsa Melayu daripada agenda tersembunyi parti itu di sebalik isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Kamu Guan Eng menampakkan sisi hodoh yang kian terserlah selepas menang PRU14 apabila cukup takut dengan kebangkitan rakyat terutama G3 yang tak semegah parti kamu yang punyai ramai ahli.
“Kamu nampak cukup cuak apabila kami G3 ingin pertahankan bangsa Melayu setelah MP kamu sendiri dari Pulau Pinang bersama-sama 2 ADUN DAP mengeluarkan kenyataan cenderung menyokong dan iktiraf ICERD walaupun tahu kebanyakan Melayu marah mengenainya.
“Cukup-cukuplah Guan Eng, dahlah parti kamu yang mendrafkan manifesto Pakatan Harapan PRU14 mengkhianati sistem demokrasi serta menipu pengundi sendiri, kini kamu gunakan aspek undang-undang pula untuk menggertak G3,” katanya dalam satu kenyataan.
Reaksi Amran itu susulan kenyataan Guan Eng yang mendakwa G3 melontarkan fitnah jahat terhadap DAP semasa perjumpaan pertama pembentukan NGO-NGO pada Rabu.
Ia berkaitan kenyataan G3 yang mendakwa DAP menjadi dalang menggerakkan agenda agar kerajaan meratifikasikan ICERD.
Guan Eng kemudian menggesa G3 menarik balik kenyataan mereka serta meminta maaf jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang, selain memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu.
Bagaimanapun Amran yang juga bekas ahli seumur hidup DAP sebaliknya berkata Guan Eng sepatutnya lebih maklum mengenai diri sendiri yang banyak menabur fitnah jahat dan penipuan terhadap rakyat.
“Saya nak tanya beliau, bila Guan Eng pengerusikan mesyuarat publisiti DAP yang saya hadiri dan arahkan kami buat propaganda – negara akan muflis jika BN kekal di Putrajaya – apakah itu fitnah yang baik?
“Apakah bila Guan Eng menipu satu negara dengan mengatakan saya tidak pernah menjadi pegawai khas beliau – itukah satu sikap terpuji oleh pemimpin bertaraf ‘tokong’ yang digelar oleh pimpinan PKR sendiri.
“Juga, muliakah tindakan hipokrit Guan Eng yang dahulunya memaki-hamun Tun Dr Mahathir dan anak-anaknya tetapi hari ini sanggup ‘cium tangan’, taat setia pada pemimpin yang kamu pernah caci, keji semata-mata kerana kuasa dan kedudukan,” soal Amran.
Beliau juga turut membangkitkan janji Guan Eng yang mahu menghapuskan tol jambatan Pulau Pinang sekiranya menang pada PRU14.
“Tetapi dah lebih kurang 7 bulan dan terus tak tunai apa yang dikata, apakah itu tindakan yang mulia?
“Ingatlah semua, saya cukup lama dalam DAP, sejak dari zaman arwah bapa lagi cukup kenal siapa DAP ini, yakinlah apabila saya katakan DAP hanya akan membawa kehancuran kepada Malaysia.
“Justeru, itulah sebabnya G3 bertekad untuk hancurkan dahulu DAP itu sebelum ianya menghancurkan bumi bertuah Malaysia kerana kewujudan bangsa DAP adalah satu malapetaka buat negara kita yang tercinta,” katanya lagi. -SuaraTv 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk

Sekianlah artikel G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel G3 isytihar perang terhadap DAP: Guan Eng Tak Senang Duduk dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/11/g3-isytihar-perang-terhadap-dap-guan.html

Subscribe to receive free email updates: