Judul : [KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM
link : [KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM
[KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM
Penempatan semula kuil di Subang Jaya tertangguh 4 tahun
SUBANG JAYA: Syarikat pemaju yang memiliki sebidang tanah yang menempatkan sebuah kuil Hindu di Subang Jaya kini mahu melihat rundingan damai selepas berlaku pertikaian dalaman antara 2 pihak kuil tersebut yang mengugut enggan mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkan mereka berpindah.
Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ 25, akan ditempatkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian “menang-menang” di mahkamah.
Kini, salah satu pihak dalam kes itu enggan mematuhi perintah penempatan semula seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi pada 2014.
One City Development, syarikat yang memiliki tanah persendirian itu berkata, pihaknya berharap berlakunya penyelesaian yang baik berhubung isu itu.
“Kami sudah melakukan sedaya upaya untuk memastikan semua pihak gembira dan kami hanya mahu ia berjalan lancar,” kata pengarahnya, Yaw Sheng Fung kepada FMT.
Selain One City, kes itu melibatkan kerajaan negeri Selangor dan 2 individu yang mendakwa sebagai pengurusan kuil, K Chellappa dan M Nagaraju, yang akhirnya bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju mendermakan RM1.5 juta untuk pembinaan kuil baharu di lot tanah berhampiran.
Sebelum ini, berlaku pertikaian di mahkamah melibatkan Chellappa dan Nagaraju kerana mengawal kuil.
Chellappa kemudiannya diisytiharkan sebagai pihak yang sah untuk menguruskan kuil itu. Bagaimanapun, Nagaraju enggan mematuhi perintah mahkamah tersebut.
Yaw berkata syarikatnya tidak mengira sebarang kos dalam mencari penyelesaian baik.
Pada awalnya, kuil tersebut akan dipindahkan ke sebidang tanah kecil berukuran 15,000 kaki persegi di USJ 25, tetapi pengurusan kuil kemudian memutuskan lebih baik berpindah ke tanah yang lebih besar di USJ 23, yang berukuran lebih 1 ekar.
Kuil itu bersetuju untuk melepaskan haknya untuk lot tanah di USJ 25 sebagai pertukaran bagi lebih RM1 juta yang diberikan One City untuk manfaat kuil tersebut.
“Saya percaya kita melakukan segala-galanya dan bertimbang rasa dengan semua pihak. Kami mematuhi semua proses perundangan, kami melibatkan semua pemegang saham dari pengurusan kuil hinggalah pihak berkuasa, kami melakukan yang terbaik untuk kemudahan penempatan semula kuil itu,” kata Yaw.
Terdahulu dilaporkan berlaku ketegangan berhubung penempatan semula kuil pada 26 Oktober yang tersebar selepas One City bersetuju untuk menangguhkan penempatan semula ke satu tarikh akan dating. - FMT
VIDEO di bawah dikatakna berlaku pada malam tadi rentetan daripada isu penempatan semula kuil tersebut
sumber video : https://www.facebook.com/vetrionline/
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel [KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM
Sekianlah artikel [KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KECOH MALAM TADI] Video dari FB VETRI ONLINE, Kes Runtuh Kuil Mariamman BUKAN RUSUHAN KAUM dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/11/kecoh-malam-tadi-video-dari-fb-vetri.html