Kronologi Isu Sri Maha Mariamman

Kronologi Isu Sri Maha Mariamman - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kronologi Isu Sri Maha Mariamman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kronologi Isu Sri Maha Mariamman
link : Kronologi Isu Sri Maha Mariamman

Baca juga


Kronologi Isu Sri Maha Mariamman


1. Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate.
Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut:
1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.
1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.
2. Pada tahun 1987, SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.
Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan.
3. Pada tahun 1992-1993, tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.
Maka ditubuhkanlah Komitee Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti tesebut.
4. Pada tahun 1996, tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).
Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
5. Pada tahun 2001, berlakunya salah faham diantara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah ‘red caught handed’ mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
6. Pada tahun 2007, One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil. Saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.
7. Pada tahun 2012, kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
8. Pada Mac 2014, Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :
i. Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.
ii. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapa kuil itu diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.
Julai 2014, satu lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah dibicarakan: No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
9. Pada tahun 2016, berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke atas salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
10. Pada May 2017, pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.
Lokasi baru telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.
Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka. 

1 Jun 2017, isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.
Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:
i. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.
ii. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.
iii. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.
Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima ‘political backlash’.
6 Jun, Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.

Disember 2017, isu ini ‘panas’ sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang menyatakan kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut.
11. Pada tahun 2018, 28 September, isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

16 Oktober, Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

25 Oktober 2018, menerusi hantaran yang tular di laman Facebook,kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP
Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.
Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November 2018 iaitu selepas perayaan Deepavali.
Pengurusan kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf “Ramaji”, yang nama sebenarnya M Ramachandran.
YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.

31 Oktober 2018, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.
17 November 2018, kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar Parlimen bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat keputusan pada 2014.
Malah ada 2 orang penganut hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.
Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.
Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.
“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November 2018 sehari sebelum perpindahan kuil itu.
“Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.

21 November 2018, sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018.
Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.

23 November 2018, sekali lagi memorandum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.
Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.
Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November

Pada 25-26 November 2018 telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November). Maka ramailah turun tunggu di kuil.
Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam yang dipercayai telah dibayar oleh pihak pemaju telah datang menyerbu kuil dan mengarahkan mereka keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.
Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.
Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.
Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU serta beberapa orang telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.
Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah kenderaan dan truck pickup telah diterbalikan dan dibakar.
Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu ‘planted’ yang dirancang secara tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara mahkahmah.
Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin ‘complicated’
Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti dakwaan bahawa kejadian terbaru ini adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melay atau Muslim dsbnya..
Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil dan juga pihak pemaju yang telah memakan hampir 20 tahun namun tidak berjaya diselesaikan walaupun telah diputuskan oleh mahkamah. 
UPDATED:
Rupa-rupanya kerajaan Selangor dibawah kerajaan BN pada tahun 2001 pernah mengeluarkan satu surat kelulusan pengekalan tapak kuil tersebut berdasarkan sebuah mesyuarat exco pada 08.08.2001.
Malah pada tahun 1993 satu surat daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia (Tan Sri M. Mahalingam), juga pernah dikeluarkan daripada pejabat beliau yang telah berpendapat bahawa pihak kuil berhak untuk menduduki tapak yang diduduki oleh kuil tanpa sebarang gangguan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemaju (SIME UEP) di mana pemaju telah bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat EXCO Selangor pada tahun 1987 yang berbunyi:
“Pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada.”
Rujukan:
1. The Truth and Lies about Sri Maha Mariamman Temple, Hicom – Malaysia Hindu Sangam
http://www.malaysiahindusangam.org/…/the-truth-and-lies-ab…/
2. Mariamman temple in Subang Jaya finds new permanent home
https://www.malaymail.com/…/mariamman-temple-in-subang-jaya…
3. Tussle over Hindu temple, S’gor gov’t urged to step in
https://www.malaysiakini.com/news/384199
4. Objection to Seafield temple demolition not valid, says Selangor exco
https://www.malaymail.com/…/objection-to-seafield-temple-de…
5. Press Statement – Seafield Sri Maha Mariamman Temple, USJ 25, Puchong – Azmin Ali
http://azminali.com/press-statement-seafield-sri-maha-mari…/
6. S’gor MB confirms freeze on eviction plan for Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/384722
7. Seafield temple issue: Abusive speeches won’t help, says MP
https://www.freemalaysiatoday.com/…/seafield-temple-issue-…/
8. MPs want dialogue over fate of century-old temple
https://www.freemalaysiatoday.com/…/mps-want-dialogue-over…/
9. Minister urges calm over temple demolition in Subang Jaya
https://www.malaymail.com/…/minister-urges-calm-over-temple…
10. Pindah kuil ikut penghakiman persetujuan – Ganabatirau
https://selangortv.my/pindah-kuil-ikut-penghakiman-persetu…/
11. Seafield temple relocation postponed to after Deepavali following standoff with protesters
https://www.edgeprop.my/…/seafield-temple-relocation-postpo…
12. Tense Seafield Hindu temple standoff defused with relocation postponed to after Deepavali
https://www.thestar.com.my/…/tense-seafield-hindu-temple-s…/
13. Seafield temple demolition postponed again, following fresh protests
https://www.malaysiakini.com/news/448990
16. Kuil Seafield Sri Maha Mariamman dipindah atas arahan mahkamah – Exco Selangor
http://www.astroawani.com/…/kuil-seafield-sri-maha-mariamma…
17. Kumpulan tolak pemindahan kuil rancang tunjuk perasaan di Parlimen
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kumpulan-tolak-peminda…/
18. We don’t own the land, govt tells group opposed to temple relocation
https://www.freemalaysiatoday.com/…/we-dont-own-the-land-g…/
19. Respect the law and allow relocation, developer urges temple management
https://www.nst.com.my/…/respect-law-and-allow-relocation-d…
20. Seafield temple devotees take complaint to PM in protest at Parliament
https://www.freemalaysiatoday.com/…/seafield-temple-devote…/
21. Demo pertahan kuil 100 tahun di parlimen hari ini
https://www.malaysiakini.com/news/452765
22. Hindu Sangam: Handling of Seafield temple relocation good model to follow
https://www.freemalaysiatoday.com/…/hindu-sangam-handling-…/
23. Sami dakwa dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu
https://www.malaysiakini.com/news/453097
24. We didn’t agree to postpone temple relocation, says developer
https://www.freemalaysiatoday.com/…/we-didnt-agree-to-post…/
25. Violence erupts over relocation of Seafield temple
https://www.thestar.com.my/…/riot-breaks-out-over-relocati…/
26. Violence as devotees scuffle over relocation of Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/453399
27. Violent scuffle erupts over relocation of Seafield temple
https://www.freemalaysiatoday.com/…/violent-protest-erupts…/
29. Devotees are beginning to gather to safeguard Seafield Maha Mariamman temple upon strong rumours of attempt by the Developer to demolish the temple anytime between 4pm till 9am. 25.11.2018 @ 10.20pm.
https://goo.gl/FYcXd7
Sumber:thepatriots.asi

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Kronologi Isu Sri Maha Mariamman

Sekianlah artikel Kronologi Isu Sri Maha Mariamman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kronologi Isu Sri Maha Mariamman dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/11/kronologi-isu-sri-maha-mariamman.html

Subscribe to receive free email updates: