Judul : Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis
link : Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis
Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis
KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membuat laporan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy.
Laporan polis tersebut dibuat berhubung tindakan Waytha Moorthy yang bertegas untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, mendakwa, Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai kedudukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh isu keistimewaan Melayu serta Bumiputera.
"Kami mendesak agar Waytha Moorthy melepaskan jawatan dalam kerajaan serta dikenakan tindakan tegas berikutan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh beliau.
"Laporan ini dibuat bukanlah bagi mendapatkan keuntungan politik namun ia merupakan perkara yang dilihat mampu menggugat keamanan dalam negara," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mohamed Nizham, negara selama ini menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan sosial kontrak yang dipersetujui bersama sejak sekian lama.
"Kami percaya majoriti rakyat pun tidak bersetuju dengan kenyataan Waytha Moorthy dan setakat ini, sudah lebih 100 laporan polis dibuat berkenaan isu tersebut di seluruh negara.
"Sebab itu kerajaan perlu serius dengan isu ICERD dan mengambil tindakan tegas terhadap Waytha Moorthy," katanya. - K! ONLINE
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis
Sekianlah artikel Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sudah lebih 100 Laporan Polis terhadap Moorthy, Kita Tunggu Tindakan Polis dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/11/sudah-lebih-100-laporan-polis-terhadap.html