Ia melibatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama anggota Kabinet dan mengikut laporan Bernama, pertemuan yang turut disertai timbalan-timbalan Menteri Pakatan Harapan itu hanya melibatkan pemimpin Melayu.

Dan intipati dalam program di Yayasan Kepemimpinan Perdana selama dua jam itu, Dr. Mahathir mengingatkan mengenai sejarah supaya mereka faham mengenai asal-usul negara ini - sesuatu yang disifatkan kena pada masanya. Difahamkan, turut disentuh soal Belanjawan 2019 dan agenda bumiputera.

Ini pastinya satu perkhabaran gembira ketika soal agenda Melayu, bumiputera dan Islam seakan diasak dari dalam dan luar yang seperti mahu melihat Malaysia baharu seolah-olah harus baru segala-galanya.

Sedangkan agenda bumiputera dan Islam adalah amanah merentas kepartian, tanggungjawabnya berada di setiap bahu mereka yang menerajui pemerintahan negara.