Judul : Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan
link : Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan
Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengumumkan dia menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perkembangan ini menyusuli desakan daripada beberapa pihak dalam parti yang mahu beliau berundur selepas beberapa pemimpin negeri dan wakil-wakil rakyat meninggalkan Umno.
“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini, saya mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada timbalan presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden.
“Saya menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-Ahli Parlimen dan Adun-Adun,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, sayap Pemuda menyarankan Zahid bercuti sehingga kes perbicaraan rasuah selesai. - FMT #CelahGelegar
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan
Sekianlah artikel Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya Zahid serah tugas presiden Umno kepada Mohamad Hasan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/akhirnya-zahid-serah-tugas-presiden.html