Kata beliau, perhimpunan tersebut patut dihadiri oleh semua bangsa, bukan Melayu dan Bumiputera sahaja.

Ini kerana penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bertujuan untuk menegakkan hak semua kaum dan mempertahankan cara hidup berbilang kaum yang sekian lama diamalkan di negara ini.