Judul : Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM
link : Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM
Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM
PUTRAJAYA 21 Dis.- Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut keadilan terhadap anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya kepada Setiasaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Memorandum berkenaan antara lain mendesak P. Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal memainkan peranan dalam menjaga perpaduan masyarakat di negara ini.
Terdahulu, mereka berarak dari Masjid Putra dan menuju ke Pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum tersebut.
Lebih 500 menyertai Solidariti Himpunan Suara Ummah #Justice4Adib itu yang diadakan di Dataran Putra, Presint 1 di sini selepas solat Jumaat anjuran Ummah bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Himpunan itu sebagai tanda solidariti kematian Muhammad Adib yang terkorban ketika bertugas di rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor. - UTUSAN ONLINE #CelahGelegar
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM
Sekianlah artikel Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gerakan Pembela Ummah serah memorandum kepada PM dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/gerakan-pembela-ummah-serah-memorandum.html