Judul : Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong
link : Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong
Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong
Kata orang, 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.
Setiap ungkapan yang keluar daripada mulut para menteri Pakatan Harapan (PH) pastinya menjadi panduan semua orang, baik dalam mahupun luarnegara.
Pada 16 Disember 2018, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kenaikan harga telur di pasaran tempatan adalah disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport.
Selepas 24 jam...
Pada 17 Disember 2018, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kenaikan berkenaan berpunca daripada kematian ayam di beberapa ladang yang disyaki dijangkiti virus avian influenze H5 dan H7 (selsema burung).
Pastinya ia mengejutkan ramai pihak sehingga mendapat perhatian agensi berita Singapura.
Laporan bertarikh 18 Disember 2018 itu memetik kenyataan Setiausaha Pertanian Filipina, Emmanuel Pinol yang membayangkan Singapura akan menjadikan Filipina sebagai negara pilihan bagi mengimport khinzir, ayam dan telur.
Pastinya ia meresahkan para penternak dan usahawan kecil di negara Malaysia.
Sudah banyak kali diingatkan kepada menteri-menteri PH bahawa mereka kini adalah kerajaan, bukannya pembangkang seperti dahulu yang boleh kata apa sahaja tanpa memikirkan kepentingan negara.
Sebelum ini ramai pelabur asing menarik diri daripada Malaysia kerana kata-kata pemimpin PH yang mahu menangguh / membatalkan projek infrarakyat sekaligus mengakibatkan ekonomi Malaysia merudum.
Sementara para pekebun kecil di luarbandar pula menderita akibat harga komoditi yang menjunam teruk.
Ramai menyifatkan ia berpunca daripada tindakan kerajaan PH yang cuba bermain politik dengan kuasa besar ekonomi seperti China. Kini, China tidak lagi membeli di Malaysia sebaliknya memilih sawit Indonesia.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong
Sekianlah artikel Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mulut para menteri PH SUSAHKAN RAKYAT - Wee Ka Siong dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/mulut-para-menteri-ph-susahkan-rakyat.html