[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik
link : [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Baca juga


[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Berikut ialah satu sudut pandang mengenai langkah politik Tun. Mungkin salah, mungkin betul. Sekadar perkongsian

Kalau nak jatuhkan seseorang, tak semestinya dengan menyiku atau ‘cah keting’, sailang jawatan atau cantas.
Jika orang itu jenis bebal, beri dia jawatan yang akan menyebabkan dia tersungkur sendiri.
Waytha Moorty memang ekstrimis bebal. Tun tahu itu. Maka dilantiknya Waytha yang bukan ahli dewan rakyat pun, sebagai Menteri Perpaduan, bukan menteri jaga air atau letrik tau, kena faham tu.
Sengaja. Biar Waytha sendiri mengundang kemarahan rakyat. Dan sudah berlaku. Sepatutnya sudah cukup untuk Tun pecat Waytha.
Tapi, masalah Tun bukan Waytha saja. Pelan ‘pembersihan’ melibatkan banyak pihak lain lagi. DAP dan Anwar Ibrahim.
Itu sebab kalimah ICERD keluar daripada mulut Tun sendiri di UNGA.
Apabila puak DAP syok dengan kalimah ICERD yang keluar di mulut PM, di UNGA pulak tu, mereka suruh Kasthuri Patto desak dalam parlimen. Mereka nak ‘test water’, tapi mereka juga sudah masuk perangkap.
Maka meletuplah isu ICERD. Bukan kerana UMNO dan PAS sangat. Tapi masa untuk isu ini meletup memang kena sangat, selepas beberapa bulan orang Melayu, yang majoriti tak sokong PH, merasai sendiri kegagalan PH menunaikan janji PRU.
[Kerajaan tak jadi ratifikasi ICERD. Tapi kerajaan tidak halang Himpunan 812. Dalam pada PAN ejek Himpunan 812, Tun dapat apa yang dia hendak daripada Himpunan itu]
Tak puas hati dengan PH ibarat bara api, dicurah minyak dengan isu ICERD, dimarakkan dengan angin kebebalan Waytha.
Natijahnya, orang Melayu cenderung untuk bersepakat. Saya tak nampak semua itu hanya menjurus kepada pemecatan Waytha sebagai hasil yang memuaskan bagi seorang ahli politik licik seperti Tun.
Pasti, Tun akan guna semua itu, dan beberapa isu lain yang tidak muat untuk disebut di sini, untuk mengalahkan musuh politik hakikinya; DAP dan Anwar Ibrahim. Barulah berbaloi hasilnya.
Betullah, sentimen perkauman dan agama dimainkan.
Saya tidak bersetuju persepakatan Melayu berasaskan sentimen semata-mata. Perubahan dari segi asas pemikiran, akhlak dan budaya adalah amat fundamental.
Tetapi, untuk keperluan semasa kini, sentimen bangsa dan agama yang membawa kepada persepakatan itu sudah cukup baik, seribu kali lebih baik daripada perpecahan dan penghinaan diri di depan orang lain.
Apakah yang berlaku selepas ini? Berjayakah Tun mengetepikan DAP dan Anwar Ibrahim? Atau adakah semua bacaan saya ini karut belaka? Kita tunggu dan sama-sama saksikan.
Sekadar satu sudut pandang sahaja, sebagai pelajaran politik dan iktibar masa depan.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia
- ismaweb #CelahGelegar

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Sekianlah artikel [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/otak-politik-geliga-akal-super-licik.html

Subscribe to receive free email updates: