Judul : Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil
link : Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil
Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil
Abdul Yunus (hadapan, tengah) menyempurnakan majlis penyerahan bantuan khas kerajaan PH Perak kepada sekolah-sekolah Cina Parlimen Parit Buntar di SJKC Yu Chai, hari ini |
Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari berkata, pemberian bantuan kepada sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan itu dikira berdasarkan jumlah perkapita murid dan bilik darjah di setiap sekolah di mana pada tahun ini melibatkan 86,666 pelajar serta 5,082 bilik darjah. |
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('GSK_SinarHarian_D_News_MREC_300x250_InArticle-0'); });
"Daerah Kerian menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM106,269.95 meliputi sembilan sekolah SJKC dan sebuah SMJK, manakala Parlimen Parit Buntar menerima peruntukan RM84,849.35.
"Jumlah itu melibatkan SKKC Yu Chai(RM11,402.30), SJKC Sin Hua(RM2,411), SJKC Bin Sin(RM2116.90), SJKC Wai Sin (RM2099.60), SJKC Nam Hua (RM16,183.40) dan SMJK Kerian (RM50,636.15).
"Manakala jumlah peruntukan Parlimen Bagan Serai melibatkan keseluruhan RM21,420.60, meliputi SJKC Tong Wah (RM11,973.20), SJKC Alor Pongsu (RM2,653.20), SJKC Chong Wah(RM2843.50) dan SJKC Yuk Hwa (RM3,950.70),"katanya kepada media pada majlis penyampaian bantuan khas kerajaan Perak kepada sekolah-sekolah Cina Parlimen Parit Buntar 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Yu Chai, di sini hari ini.
Sementar itu, Abdul Yunus yang juga Adun Kuala Kurau turut menegaskan kerajaan PH Perak turut menyalurkan bantuan kepada sekolah persendirian Cina, Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) berjumlah RM4.8 juta setahun bermula tahun 2019.
Menurutnya, penerima bantuan itu meliputi empat kategori iaitu SJKC, SJKT, SUWA serta sekolah-sekolah mubaligh seluruh Perak.
"Kerajaan PH Perak amat serius dan komited dalam soal pembangunan modal insan serta meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan rakyat.
"Pendidikan merupakan bidang kuasa persekutuan dan bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi PH prihatin soal kebajikan pelajar-pelajar dan guru dan sedia beri bantuan sekadar termampu,"katanya. - SH #CelahGelegar
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil
Sekianlah artikel Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perak agih bantuan RM3 juta untuk sekolah Cina, Tamil dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/perak-agih-bantuan-rm3-juta-untuk.html