Judul : (Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan
link : (Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan
(Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menaikkan tarif air bermula tahun depan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata ketika ini pihaknya masih membuat kajian bagi mengenal pasti langkah terbaik untuk tujuan itu.
Katanya, ia termasuk mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ke setiap negeri bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri.
“Kita bincang bagaimana cara untuk lakukan (kenaikan tarif air). Dijangka tahun depan, dalam enam bulan lagi, kita ada gambaran,” katanya pada Wacana Sinar bertajuk ‘Konservasi Air: Dimanakah Malaysia’.
Wacana yang dikendalikan pengacara Ally Iskandar menampilkan dua panel lain iaitu Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Mohd Ridhuan Ismail dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Malaysia Water Association, Lee Koon Yew.
Dr Xavier berkata, kenaikan tarif itu perlu kerana perbelanjaan pengurusan industri ini semakin meningkat.
“Ada negeri yang dah 30 tahun kita tidak naikkan tarif air, sedangkan perbelanjaan untuk pengurusan industri ini adalah mengikut harga semasa.
“Dalam perkara ini, kita kena ada satu keseimbangan walau bagaimanapun, kerajaan akan mengenakan tarif air yang munasabah,” katanya
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel (Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan
Sekianlah artikel (Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (Rakyat Terus Merana) Kerajaan naikkan tarif air bermula tahun depan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/rakyat-terus-merana-kerajaan-naikkan.html