Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN

Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN
link : Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN

Baca juga


Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN


Saya amat sedih dengan pengumuman kerajaan PH bahawa Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan dimansuhkan bermula tahun depan dengan menggunakan cerita dongeng PH hutang negara RM1 trilion sebagai alasan.

Di bawah ADAM50, bayi yang lahir mulai 1 Jan 2018 hingga 31 Dis 2022 akan menerima dana tabungan permulaan RM200 percuma menerusi unit ASB bagi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) utuk bukan Bumiputera.

(AS1M pun sudah dijenamakan semula kepada Amanah Saham Malaysia3).

Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan selepas anak itu mencapai umur 18 tahun.

ADAM50 merupakan dana pertama dalam sejarah negara ini bertujuan untuk menggalakkan simpanan peribadi untuk ibu bapa muda.

Niat saya untuk mewujudkan ADAM50 ialah untuk galakkan minda rakyat supaya menyimpan untuk masa depan. Ramai orang kita yang tidak menjangka keperluan kita dan anak kita pada masa depan.

Bila dah ada akaun ASB atau AS1M, ibubapa boleh menyumbang berdikit-dikit dan lama-kelamaan ianya akan bertambah sehingga cukup untuk menampung keperluan kewangan apabila anak mereka masuk universiti,

Walaupun ibu bapa tidak tambah langsung, wang permulaan RM200 ini akan menjadi sekitar RM587, tapi kalau tambah RM10 sebulan ia akan meningkat kepada RM4,000 manakala RM50 sebulan akan jadi RM20,000 dan kalau RM100 akan jadi RM40,000 apabila umur anak ini cukup 18 tahun,

Satu lagi bantuan dan insentif yang baik untuk rakyat telah dimansuhkan oleh kerajaan PH.

Kalau tak suka nama ADAM50, boleh jenamakan semula kepada GuanEng50. Maszlee50 ke atau MatSabu50 pun boleh. Janganlah mansuh.

Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar

Nota: Penulis adalah Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan PM dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan masih merupakan Ahli Parlimen PekanPahang hingga ke hari ini. Beliau merupakan anak lelaki sulung kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat politik, beliau merupakan mantan Presiden UMNO yang ke-7.

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN

Sekianlah artikel Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya Amat Sedih Amanah dana Anak Malaysia (ADAM50) DIMANSUHKAN dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/saya-amat-sedih-amanah-dana-anak.html

Subscribe to receive free email updates: