Jelas Pengerusi Bersatu itu, beliau sendiri dulunya merupakan ahli Umno namun PH menerimanya malah Veteran DAP, Lim Kit Siang turut menerimanya.
“Orang yang baik pun ada dalam UMNO, yang jahat pun ada. Yang jahat kita tidak terima, yang baik kita terima. Saya sendiri dulu pun ahli UMNO, mereka (PH) terima saya.
“Kit Siang terima saya. Ini buka pasal ahli, tapi pasal apa kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Muzium Kesenian Islam, di sini