Judul : Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM
link : Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM
Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM
Lima tuntutan berkenaan antaranya menggesa siasatan segera terhadap pesalah yang bertanggungjawab dan memperuntukan hukuman mati bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika disabitkan salah.
Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, berkata, pihaknya juga menuntut semua moratorium terhadap hukuman mati dibatalkan dan semua undang-undang yang memperuntukan hukuman mati dilaksanakan sepenuhnya.
“Kami akan berkumpul di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat untuk serah memorandum kepada Tun Mahathir atas semua tuntutan yang dikemukakan.
“Ini bukan rusuhan kaum atau agama tetapi menuntut keadilan untuk Allahyarham Adib. Petisyen dibuat sebelum ini juga telah mendapat lebih 200,000 sokongan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Dalam sidang media itu, Aminuddin turut menuntut agar pihak yang berbohong mengatakan Adib dilanggar kenderaan bomba memohon maaf secara terbuka khususnya kepada keluarga Adib.
“Kami juga menuntut Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran dan Ahli Exco Negeri Selangor, V.Ganabatirau meletakkan jawatan dan mereka mesti disiasat bawah peruntukan sedia ada kerana membuat kenyataan melaga-lagakan dua komuniti agama,” katanya.
Difahamkan Ummah juga akan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan dalam masa terdekat. - SH #CelahGelegar
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM
Sekianlah artikel Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ummah, NGO Melayu serah memorandum PM dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/ummah-ngo-melayu-serah-memorandum-pm.html