Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam

Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam
link : Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam

Baca juga


Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam



Kekeliruan Konsep Negara Islam Wanji
============
1. Dalam artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini, Ustaz WanJi telah mengulas beberapa perkara berkaitan Negara Islam. Apa yang disampaikan oleh beliau walaubagaimanapun telah menimbulkan kekeliruan terutama berhubung tiga kesimpulan dalam penutup makalah tersebut.

2. Menurut Wanji, Yathrib yang dibangunkan oleh Rasulullah bukanlah sebuah Negara Islam. Ia sekadar digelar Madinah al-Munawwarah. Perkara ini bertentangan dengan pandangan yang dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi. Beliau pernah menegaskan bahawa: 

كانت المدينة هي دار الاسلام وقاعدة الدولة الاسلامية الاجديدة

“Sesungguhnya Madinah itu adalah sebuah Negara Islam dan ia adalah asas kepada (pembentukan) negara Islam yang baharu.” (al-Qardawi, Fiqh al-Daulah, 2001).

3. Ungkapan yang hampir sama pernah disebutkan oleh al-Qardawi dalam karyanya yang berjudul Fiqh al-Jihad. Kata al-Qardawi:

وبعد الهجرة إلى المدينة تأسست لهم (دار) هي يثرب أو المدينة ، التي كانت في حينها دولة الإسلام الأولى

“Dan setelah hijrah, Baginda mengasaskan buat umat Islam (negara) iaitu Yathrib atau al-Madinah, yang mana ketika itu ia adalah Daulah Islam (Negara Islam) yang pertama. (al-Qardawi, Fiqh al-Jihad, 2014)

Melalui ungkapan beliau, al-Qardawi melihat Madinah sebagai sebuah Negara Islam. Ia bercanggah dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Wanji melaui artikelnya.

4. Al-Qardawi tidak keseorangan dalam perkara ini, Sheikh Dr. Muhammad al-Ghazali turut menyifatkan Madinah sebagai sebuah model Negara Islam. Perkara ini direkodkan di dalam karya beliau yang berjudul Fiqh Sirah yang menyebutkan:

كانوا أمس يحاصرون دار الإسلام أحزابا متحدة

“Dan mereka (kaum Musyrikin itu) pada sebelumnya telah mengepong Negara Islam (Madinah) dengan sekutu-sekutu (kumpulan-kumpulan mereka) yang bersatu.” (al-Ghazali, Fiqh Sirah, 1427H)

5. Sheikh Dr. Ramadan al-Buti turut memberikan pandangan yang hampir sama ketika menghuraikan konsep hijrah sebagai perpindahan dari Dar al-Harb kepada Dar al-Islam (iaitu Negara Islam) (al-Buti, Fiqh al-Sirah, 1426H). 

6. Malah, Sheikh Said Hawwa menggunakan lafaz al-Daulah al-Islamiyyah (Negara Islam) dengan kerap sekali dalam karya beliau yang berjudul al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha. Beliau menggambarkan Madinah sebagai sebuah Negara Islam, kata beliau:

قبل فتح مكة كانت الدولة الإسلامية هي المدينة المنورة فقط

“Sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah, Negara Islam (Daulah Islamiyyah) yang berada ketika itu hanyalah Madinah al-Munawwarah sahaja.” (Said Hawwa, al-Asas fi al-Sunnah, 1995).

Pandangan-pandangan dari al-Qardawi, al-Ghazali, al-Buti dan Said Hawwa menunjukkan bahawa tokoh-tokoh kontemporari ini menilai Madinah sebagai sebuah Negara Islam, atau paling tidak ia adalah sebuah konsep dan kerangka asas bagi pembentukan Negara Islam. Pandangan ini sama sekali bertentangan dengan idea yang diketengahkan oleh Wanji.

7. Pandangan sarjana Muslim ini turut seakan dipersetujui oleh penyelidik barat. Marco Schöller dalam makalah beliau berhubung Madinah menyebutkan:

“In the view of many modern Muslims, this Medinan period saw the creation - and at the same time the apogee - of the true Islamic state, whose exemplary character is seen as the model for all future Islamic societies.” (Encyclopedia of the Quran, 3/370)

7.1 Konsep pembentukan Kerajaan Islam juga seakan dikaitkan dengan zaman sesudah Rasulullah sendiri seperti yang dibahaskan di dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World. Perselisihan di dalam melantik pengganti Rasul dikatakan mencetuskan langkah awal ke arah penubuhan kerajaan Islam. (From the start, therefore, Muslims had to innovate and to improvise with regard to the form and nature of government.- Ayubi, et. al., "Islamic State." In The Oxford Encyclopedia of the Islamic World).

Ini menunjukkan, dari segi konsep, penubuhan kerajaan atau Negara Islam itu sendiri telah ada pada zaman awal Islam itu sendiri. 

8. Dalam artikel tersebut, Wanji turut menyatakan bahawa: “Pada era wahyu, tidak pernah wujud istilah Negara Islam.” 

Pandangan ini seakan bercanggah dengan penggunaan lafaz yang pernah digunakan oleh Rasulullah sendiri. Rasulullah menjelaskan bahawa apabila tiba zaman fitnah (atau zaman yang hampir dengan kiamat nanti), kawasan Syam disifatkan sebagai asas kepada pembentukan Negara Islam. Sabda Rasulullah:

عُقْرُ دَارِ الْإِسْلَامِ بِالشَّامِ، يَسُوقُ اللَّهُ إِلَيْهَا صَفْوَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ،

“Asas kepada Negara Islam akan terikat di Syam, Allah mengikatnya dengan kejernihan (kesucian amal dan hati) hambanya.” (HR al-Tabrani & Nu’aim ibn Hammad). 

Al-Albani menilai hadith ini sebagai hasan, manakala al-Haithami menjelaskan bahawa perawi hadith ini adalah thiqah (rijaluhu thiqat). (al-Albani, Sahih al-Jami’, 4014; al-Haithami, Majma’ al-Zawaid, 10/63).

9. Hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dengan menggunakan lafaz “Negara Orang-orang Beriman.” Penggunaan lafaz-lafaz dari beberapa hadith Nabi ini seakan memberikan kepada kita petunjuk bahawa konsep bahkan penggunaan lafaz Negara Islam ini telah digunakan oleh Rasulullah sendiri. Fakta ini bertentangan dengan pendapat Wanji yang mengatakan istilah ini tidak pernah disebutkan di era wahyu.

10. Pada bahagian penutup artikel tersebut, Wanji turut menegaskan bahawa semua keadilan yang dibawa oleh Islam boleh dicapai melalui pembinaan Negara Sekular. Kata Wanji: “Kesemua faktor ini (keadilan, kebajikan dan kemaslahatan) boleh dilaksanakan dalam negara sekular dan sebagainya.” 

Ini adalah kenyataan yang amat mengelirukan. Bagaimana sebuah Negara Sekular yang berteraskan konsep memisahkan urusan agama dengan negara boleh membantu dalam membina asas-asas keadilan penting yang digariskan oleh al-Quran dan hadith. Mampukah sebuah negara sekular meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukannya yang tertinggi seperti yang dilakukan oleh Rasulullah?

11. Konsep Negara Islam ini telah banyak dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana Islam terdahulu. Ia dinukilkan dalam karya Muslim klasik dengan pelbagai istilah. Menyempitkan penggunaan istilah Daulah Islamiyyah sahaja akan menghasilkan dapatan yang terhad serta kesimpulan yang mengelirukan. 

Adalah diharapkan agar coretan yang ringkas ini memberi sedikit penjelasan buat sahabat-sahabat yang bertanya.

Moga Allah merahmati kita semua.

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam

Sekianlah artikel Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanji DAP keliru & Celaru konsep negara Islam dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/wanji-dap-keliru-celaru-konsep-negara.html

Subscribe to receive free email updates: