Judul : Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib
link : Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib
Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib
Peguam Negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas tanpa pilih kasih
10 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimim Malaysia (Isma) menuntut keadilan dengan kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang parah dibelasah perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, dalam kejadian 26 November lalu.
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, Exco DAP Selangor, V Ganabatirau dan pengurusan kuil perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan tragedi yang berlaku.
“Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan pihak polis di atas kekacauan yang berlaku di kuil tersebut. Secara tidak langsung ia menyebabkan pasukan beruniform tidak dihormati.
“Bahkan Ganabatirau juga dilihat penyumbang keganasan dalam rusuhan kuil apabila mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang Islam. Walaupun telah meminta maaf, namun tiada tanda kekesalan namun dilihat lebih kepada pernyataan yang sangat angkuh.
“Pihak pengurusan kuil juga dilihat gagal untuk bertindak tegas dengan menyuraikan perusuh yang mana telah menyebabkan keganasan tersebut meningkat. Paling menyakitkan apabila seorang sami di kuil tersebut berbohong dengan menyalahkan pihak bomba ke atas insiden yang menimpa Allahyarham Adib,” katanya.
Muhammad Adib disahkan mengembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama 22 hari, di Institut Jantung Negara (IJN), jam 9.41 malam tadi, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil.
Jenazah beliau dibawa ke kampungnya di Tebengau, Kuala Sala, Kedah hari ini untuk dikebumikan.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Adib, Pemuda Isma menyeru keadilan ditegakkan untuk anggota bomba itu dengan segera tanpa berlengah.
“Bagi kami tanda keadilan ke atas nasib arwah Adib ditegakkan adalah apabila Waytha Moorthy, Ganabatirau dan pihak pengurusan kuil dipecat tanpa hormat, ditangkap dan dihukum.
“Peguam Negara serta pihak berkuasa perlu bertindak dengan tegas tanpa pilih kasih agar keharmonian yang berteraskan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.
Pada 26 November lalu, Muhammad Adib diserang perusuh di kuil berkenaan tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugas membantu orang ramai.
Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan.
Awalnya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin dan badan kenderaan itu.
Dalam situasi panik untuk berundur, Allahyarham ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri. - ismaweb
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib
Sekianlah artikel Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/waytha-moorthy-ganabatirau-perlu.html