Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?

Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU? - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?
link : Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?

Baca juga


Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, menafikan khabar angin beliau akan lompat parti menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, berkata beliau bukan salah seorang Ahli Parlimen PKR, yang didakwa akan keluar parti bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata penafian itu turut membuktikan beliau tidak akan membuat pengumuman menyertai BERSATU, dalam masa terdekat sekali gus, menafikan turut serta dalam Mesyuarat Agung BERSATU, 29 Disember ini.
“Tidak betul (lompat parti menyertai BERSATU),” katanya ringkas, ketika dihubungi, di sini.
Zuraida, antara pemimpin kanan PKR, yang diketahui umum sangat rapat dan menyokong kepemimpinan Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Sejak dua hari lalu, spekulasi Azmin bersama 20 orang Ahli Parlimen akan keluar PKR menyertai BERSATU, terus menjadi viral dan bualan netizen di media sosial, susulan ramai Ahli Parlimen keluar UMNO.
Pada 12 Disember lalu, lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain 21 Ketua Bahagian di Sabah diketuai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
Dua hari berikutnya, dalam temubual khas bersama NSTP, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengumumkan keluar parti.
Turut bersama beliau, lima lagi Ahli Parlimen mengumumkan keluar UMNO adalah, Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah). - BH

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU?

Sekianlah artikel Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuraida, Azmin keluar PKT sertai BERSATU? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/zuraida-azmin-keluar-pkt-sertai-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates: