Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli

Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli
link : Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli

Baca juga


Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli

CAMERON HIGHLANDS – Beberapa keping gambar yang didakwa sekumpulan penyokong  calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran termasuk seorang wanita memberi kepada Orang Asli tersebar di media sosial.
Ia mengundang komen penyandang kerusi Cameron Highlands, Datuk C. Sivarrajh yang melahirkan rasa kesal berhubung insiden tersebut kerana kemenangannya sebelum ini dibatalkan atas tuduhan memberikan rasuah kepada pengundi Orang Asli.
Kata Sivarrajh dalam twitternya; “Ini takpa sebab mereka federal government. Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar lima tahun tak boleh mengundi”.

Antara yang dilihat dalam gambar tersebut selain Manogaran termasuk Pengerusi DAP Selangor merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.
Walaupun tidak jelas berlaku ‘hulur menghulur duit’ namun jelas dapat dilihat wang nota RM50 dan RM5 diberikan kepada kumpulan Orang Asli dalam pertemuan tertutup itu.
Sehingga kini, belum ada apa-apa penjelasan rasmi berhubung perkara tersebut malah belum diketahui apakah ‘cerita sebenar’ di sebaliknya.
Pada November lepas, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei lalu yang memberikan kemenangan kepada calon BN adalah terbatal dan tidak sah.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh.
Dalam penghakimannya, Azizah berpandangan bahawa pempetisyen, Manogaran berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.
Pada PRU-14, Sivarraajh memenangi kerusi Cameron Highlands dengan memperoleh majoriti 597 undi menewaskan Manogaran bersama calon Pas, PSM dan Berjasa dalam pertandingan lima penjuru.
Sebelum itu, Sivarrajh menafikan beliau memberikan rasuah dan turut mempersoalkan bagaimana nilai keadilan itu berbeza perspektif dengan kerajaan baharu.
“Jika kami bagi makanan pun, katanya itu rasuah. Yang ini (gambar tular) bagaimana pula? Saya pasti mereka ada ‘penjelasan’ mereka sendiri. Mereka kini kerajaan, mereka ‘kuat’. Undang-undang dengan mereka.
“Saya harap tindakan akan di ambil jika benar-benar telus, itu sahaja,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Baca : Benarkah Viral Gambar Minah Rambut Karat EDAR RM10 kepada Orang Asli

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli

Sekianlah artikel Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/kerusi-cameron-highlans-dibatal-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: