Judul : Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam
link : Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam
Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam
Arwah Datuk saya, yang cucu-cucunya panggil Aki adalah seorang tukang rumah. Banyak rumah di sekitar kampung Mambang, menghilir Sungai Pahang ke Kampung Tanjung adalah hasil tukangan arwah.
Kemahiran kerja tangan dan penggunaan kayu merbau dan meranti yang kukuh, menjadikan rumah-rumah yang dibina kukuh walaupun hampir setiap tahun rumah-rumah ini dilimpahi banjir.
Ukiran di beranda yang berseni Melayu, tiang rumah yang diketam selicin kulit Mira Filzah serta mengambil kira lubang angin yang masuk ke rumah membuatkan rumah sejuk walaupun tiada pendingin hawa. Sekiranya ada ramai orang seperti Aki saya, lapisan ozon tidaklah senipis hari ini.
Hasil tukangan Aki saya haruslah mengikut cita dan rasa clientele. Satu-satunya rumah yang Aki saya boleh mengikut taste beliau sendiri adalah rumah beliau. Arwah nenek saya tidak boleh masuk campur.
Pada tahun 70an, terma direct nego masih tiada dalam sembang-sembang puak peniaga kontrak kerajaan. Begitulah juga, istilah nego dengan nenek saya mengenai rekabentuk rumah juga tiada. Arwah Aki mempunyai absolute power.
Kadang-kadang, apabila saya teringatkan Aki, saya rasa ada hikmah yang beliau sudah tiada pada hari ini. Bukan kerana saya tidak sayang, tapi kerana saya risau beliau akan marah. Beliau marah bukanlah disebabkan parti Perikatan sudah tidak berkuasa. Tapi beliau akan marah kerana keputusan-keputusan yang melibatkan rakyat tidak efektif.
Berbanding dengan menukang, semua keputusan di tangan beliau, iaitu seorang yang ahli.
Pada hari ini ribuan orang ingin memberi pendapat dalam ribuan perkara. Townhall, public hearing, Google form, slido.com dan macam-macam medium hingga hingga terpaksa menunggu lama untuk membuat keputusan. Kadang-kadang kita lupa apakah masalah sebenar yang hendak diselesaikan. Malah banyak juga masalah remeh yang muncul.
Dalam polisi awam, sekiranya keputusan tidak dibuat dengan cepat, mungkin negara akan menerima kesan yang tidak baik. Pemain industri akan melihat kerajaan perlahan dalam membuat kerja. Anak muda yang bersemangat pula terpaksa menunggu berbulan bagi mengetahui peluang mereka membangunkan diri. Akibatnya, kerajaan akan dilihat tidak cekap.
Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang demokratik dan sentiiasa peka kepada pendapat rakyat. Maka input dari semua pihak haruslah diberi perhatian. Tapi harus diingat sekiranya kita mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan, semata-mata untuk melihatkan kita seorang yang demokratik itu adalah kurang baik.
Dasar awam yang baik bukanlah semata-mata terletak kepada prosesnya yang mengambilkira semua pandangan, tetapi perlulah dibuat pada masa yang tepat, berasaskan bukti saintifik, dan yang penting dibuat oleh yang ahli.
oLEH: PKG FAUZI
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam
Sekianlah artikel Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Partisipasi stakeholders dalam dasar-dasar awam dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/partisipasi-stakeholders-dalam-dasar.html