Judul : Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila
link : Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila
Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila
11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Skim pinjaman baharu oleh bank milik kerajaan, Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menawarkan kemudahan pinjaman khusus kepada komuniti Cina, dilihat berat sebelah, malah berpotensi memberi impak terhadap sosioekonomi masyarakat majmuk tanah air.
Skim itu, yang dinamakan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina (SPUPK) mula dilancarkan pada Januari 2019, yang memberi kemudahan kredit dengan syarat yang longgar kepada kaum Cina, termasuk pinjaman dengan modal sehingga RM50,000 tanpa sebarang cagaran.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, pengenalan skim itu yang dikhususkan buat komuniti Cina adalah tidak wajar dalam keadaan di mana kemapanan ekonomi Bumiputera masih terkebelakang.
“Dalam pada perlaksanaan segala macam polisi kerajaan baharu yang tidak berpihak kepada Islam dan Bumiputera, amatlah tidak wajar skim BSN ini diperkenalkan.
“Pinjaman tanpa cagaran ini adalah satu inisiatif yang akan membuka peluang bagi sesiapa sahaja daripada kaum Cina untuk mendapatkan pinjaman.
“Hal ini akan memberi ketakutan dan menekan pendeposit, sekiranya ia terlalu mudah diluluskan kerana pelbagai syarat dan prosedur yang perlu dilalui seperti cagaran tanah yang mempunyai Force of Sale diperkenalkan sebelum ini bagi pinjaman perniagaan kecil kepada Bumiputera oleh agensi-agensi kerajaan,” katanya kepada Ismaweb.net.
Mengulas lanjut, Nasrul berkata, perlaksanaan skim itu juga tidak wajar memandangkan kaum Cina di Malaysia sudah diberi layanan yang sangat baik oleh kerajaan, melalui begitu banyak skim bantuan kepada mereka.
“Mereka (kaum Cina) dibantu dengan macam-macam bantuan. Kaum Cina diberikan akses khas kepada peruntukan RM50 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 melalui Kojadi, selain peruntukan RM30 juta untuk Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia bagi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
“Mereka juga mendapat pengurangan kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, dikurangkan daripada 19 peratus kepada 18 peratus dalam Bajet 2017 bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana kaum itu. Malah cukai pendapatan individu kalangan mereka juga telah banyak dikurangkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.
Justeru, Nasrul berkata, kerajaan PH harus mula mengambil kira perasaan dan kepentingan pribumi di Malaysia termasuk Melayu dan Bumiputera, berbanding mengambil pendekatan berat sebelah, kerana ini dikhuatiri akan meluaskan jurang sosioekonomi, sekali gus menjerumuskan tanah air ke dalam kancah masalah antara etnik.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila
Sekianlah artikel Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skim BSN bantu CINA, zaman PH makin gila dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/skim-bsn-bantu-cina-zaman-ph-makin-gila.html