Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?
link : Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Baca juga


Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dijangka menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Bukit Serene, dekat sini, Khamis ini.
Difahamkan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, turut disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagaimanapun mengikut sumber, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan pertemuan itu akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
“Dr Mahathir dan isteri diberi perkenan untuk mengadap Sultan Johor pada Khamis ini. Agenda pertemuan itu tidak diketahui tetapi sudah pasti itu menarik perhatian kerana ia pertama kali Perdana Menteri diterima mengadap sejak perubahan kerajaan tahun lalu.
“Sejak kembali mentadbir negara, Perdana Menteri tidak pernah secara rasmi bertemu Sultan Johor. Jadi, ini adalah pertemuan pertama mereka,” kata sumber kepada NSTP, hari ini.
Sementara itu, sumber menafikan khabar angin mengenai kebimbangan pihak tertentu di Putrajaya bahawa Sultan Johor mahu melaksanakan cara sendiri jika dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Di Johor, Baginda menetapkan setiap Rabu, Menteri Besar, EXCO atau pegawai jabatan kerajaan boleh mengadap bagi mengemukakan sebarang isu atau laporan.
“Terdapat kebimbangan bahawa jika Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan menggunakan cara itu untuk Perdana Menteri dan Kabinet. Perkara itu tidak benar,” katanya. - BH Online 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Sekianlah artikel Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/sultan-johor-menerima-mengadap-dr.html

Subscribe to receive free email updates: