Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan
link : Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Baca juga


Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kerajaan sewajarnya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sama ada sesuatu perbuatan atau kenyataan boleh dianggap "menghina" di bawah Akta Hasutan.
Jelas Shamrahayu, parlimen akan mengehadkan kuasa mahkamah sekiranya kerajaan mengambil alih penakrifan perbuatan atau kenyataan yang diangga menghina.
"Pada pandangan saya, jika kerajaan mahu huraikan (takrif maksud penghinaan) ia akan mengehadkan kuasa mahkamah, kerana mahkamah menentukan tafsiran penghinaan mengikut keadaan kes.
"Jika mahkamah yang menentukan maka kuasa mahkamah lebih luas, tetapi jika Parlimen (kerajaan) memperincikan ia akan mengehadkan kuasa mahkamah.
"Sebab itu dalam hal ini kerajaan perlu teliti dengan sebaik mungkin dan bagi saya adalah lebih baik mahkamah menilai (menentukan) maksud penghinaan mengikut situasai semasa.
"Dalam hal ini, pihak polis juga dapat melakukan siasatan mereka dengan lebih luas dan ini tidak bermakna kita menyekat kebebasan bersuara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan akan menjelaskan takrifan mengenai sesuatu perbuatan atau kenyataan yang boleh dianggap menghina sebagai panduan kepada agensi penguatkuasa undang-undang.
Mengulas penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, Mahathir berkata pihak berkuasa pada masa ini tidak memahami tindakan atau perbuatan yang boleh dianggap menghina.
"Pada masa ini pihak penguatkuasaan tak faham apa yang dianggap sebagai menghina. Jadi kita perlu 'spell out' (menjelaskan) apa sebenarnya perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina".
"Saya telah nyatakan di Malaysia sekarang ini kita amalkan kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini kalau dia bercakap sesuatu perkara yang factual (berfakta), dia tak boleh disalahkan," kata Mahathir.
Sementara itu Shamrahayu berkata, cadangan untuk mewujudkan akta baru setiap kali berdepan isu baru adalah tidak relevan.
Beliau berkata, adalah memadai dengan memperkasakan lagi undang-undang sedia ada.
Memberi contoh, beliau berkata, hukuman yang dikenakan terhadap individu yang menghina institusi diraja sehingga tujuh tahun penjara adalah memadai.

"Hukuman yang dikenakan biarlah memadai kerana kita mahu seimbangkan antara kebebasan bersuara dengan kedudukan dan kemuliaan institusi diraja.
"Walaupun kita mewujudkan pelbagai akta baru, penghinaan terhadap institusi diraja semakin meningkat. Jadi kita perlu melihat punca sebenar kepada permasalahan ini.
"Mungkin pendidikan kenegaraan kita dan pemahaman tentang institusi diraja masih belum benar-benar kukuh. Begitu juga institusi diraja perlu dekat dengan masyarakat mengikut situasi semasa," katanya. - MK

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Sekianlah artikel Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/takrif-menghina-parlimen-tak-patut.html

Subscribe to receive free email updates: