Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis

Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis
link : Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis

Baca juga


Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis

WAN Saiful Wan Jan hari ini mendedahkan amalan korupsi berleluasa dalam Bersatu Perlis pada hari sama beliau digugurkan sebagai setiausaha negeri seterusnya mencetuskan persoalan tentang penyingkirannya daripada barisan kepimpinan negeri.
Awal hari ini, Pengerusi Bersatu Ameir Hassan dilaporkan berkata yang Wan Saiful digugurkan sebagai setiausaha kerana beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
KENYATAAN WAN SAIFUL WAN JAN 

Baru-baru ini, saya membuat laporan polis mengenai pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.

Saya digesa untuk menarik balik laporan tersebut. Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak menarik balik laporan polis itu.

Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis. Saya ditawarkan wang yang besar sekiranya membantu pengaturan kontrak tersebut. Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu.

Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis.

Hal ini menambah iltizam saya untuk membantu Bersatu di Perlis menjadi lebih baik. Saya akan terus bekerja untuk kebaikan parti. Malaysia Baru perlu disambung menjadi Perlis Baru.

Wan Saiful Wan Jan
7 Januari 2019


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis

Sekianlah artikel Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Saiful dedah korupsi berleluasa dalam parti Bersatu Perlis dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/wan-saiful-dedah-korupsi-berleluasa.html

Subscribe to receive free email updates: