Judul : APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI?
link : APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI?
APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI?
Apa khabar Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara?
Sudahkah membaca dan meneliti huraian panjang lebar oleh Rafizi Ramli tentang akuan bank Najib Razak yang mana yang sudah ditutup dan yang mana pula yang masih aktif?
Jika belum, diperturunkan di bawah ini sebahagian daripada huraian tersebut atau jika ingin menelitinya dengan lebih detail beserta bukti-buktinya, sila berkunjung ke blog Rafizi iaitu rafiziramli.com.
Antara fakta penting yang didetailkan oleh Rafizi adalah seperti berikut:-
i. Akaun asal yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun -9694)
ii. Dalam tahun 2011, sebanyak RM304,329,765.75 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini
iii. Dalam tahun 2012, sebanyak RM831,789,454.53 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini
iv. Dalam tahun 2013, sebanyak RM2,081,476,926.00 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun -9694 ini
v. Jumlah terkumpul dana yang dimasukkan ke Akaun -9694 di antara 2011 dan 2013 ialah RM3,217,596,146.28 sebelum sejumlahnya mula dipindahkan balik ke luar negara
vi. Di antara 2 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, wang dari Akaun -9694 telah dipindahkan beransur-ansur dalam 5 pindahan dengan jumlah setiap pindahan di antara USD55 juta ke USD200 juta. Jumlah keseluruhan yang dipindahkan keluar negara adalah USD620 juta; bersamaan RM2,034,350,000
vii. Sebelum penutupan Akaun -9694 dibuat pada 31 Ogos 2013, ada tiga akaun baru yang dibuka atas nama Dato’ Seri Najib pada 31 Julai 2013; iaitu AmPrivate Banking 2112022011880 (“Akaun -1880”), AmPrivate Banking 2112022011898 (“Akaun -1898”) dan AmPrivate Banking 2112022011906 (“Akaun -1906”).
viii. Sebelum Akaun -9694 ditutup, bakinya (selepas pemindahan wang sebanyak RM2.034 bilion seperti diterangkan di atas) sebanyak RM162,436,711.80 telah dipindahkan ke Akaun -1880 yang baru dibuka.
ix. Antara 27 Ogos 2013 ke 26 Mac 2014, Dato’ Seri Najib memindahkan pula sejumlah RM160 juta dari Akaun -1880 ke Akaun -1906 dan Akaun -1898.
Ketiga-tiga Akaun -1880, Akaun -1906 dan Akaun -1898 adalah akaun-akaun yang sama yang terkandung di dalam satu carta aliran dana wang SRC International Sdn Bhd yang mengalir ke akaun Dato’ Seri Najib yang ditunjukkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Oleh yang demikian, kita boleh sahkan bahawa:
1. Wujud tiga akaun yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib di antara September 2013 hingga Februari 2014 ketika bayaran RM9.5 juta dibuat kepada Tan Sri Shafee, iaitu Akaun -1880, Akaun -1906 dan Akaun -1898. Bayaran RM9.5 juta itu boleh datang dari mana-mana akaun ini.
2. Akaun-akaun -1880, -1906 dan -1898 dibuka sebelum akaun awal iaitu Akaun -9694 ditutup.
3. Sejumlah RM162,436,711.80 dari dana 1MDB yang dimasukkan ke Akaun -9694 telah dimasukkan pula ke dalam akaun-akaun yang baru dibuka ini.
4. Semasa membuka tiga akaun baru ini, wakil Dato’ Seri Najib yang membuka akaun-akaun itu memaklumkan bank bahawa akaun-akaun ini digunakan bagi tujuan berasingan iaitu: satu untuk dana politik, satu untuk yayasan dan satu untuk lain-lain.
5. Ketiga-tiga akaun ini (yang dibuka selepas akaun awal ditutup) juga disiasat oleh SPRM kerana telah menerima dana dari SRC International Sdn Bhd dan digunakan untuk membayar perbelanjaan peribadi Dato’ Seri Najib bagi tujuan membeli belah dan kempen politik, seperti yang saya telah dedahkan sebelum ini.
Sekarang bagaimana?
Adakah Musa masih berpegang kepada pendirian asalnya yang mempertikaikan pendedahan oleh Sarawak Report berkaitan wang RM9.5 juta yang dibayar oleh Najib kepada Shafee Abdullah dengan mengatakan ia daripada akaun bank yang sudah ditutup atau menyedari maklumatnya tidak begitu tepat?
Jika untuk mempertikaikan pendedahkan Sarawak Report itu beliau sanggup mengadakan sidang akhbar mengenainya, adakah sekarang setelah ditunjukkan fakta-fakta yang sebenar, beliau sedia membetulkannya dengan mengadakan semula satu sidang akhbar yang lain?
Apakah sebenarnya yang mendorong Musa mengadakan sidang akhbar untuk mempertikaikan pendedahan oleh Sarawak Report itu sedangkan Najib dan Shafee yang terlibat secara langsung sebagai pemberi dan penerima wang, masih berdiam diri sehingga ini?
Mengapa sebelum mengadakan sidang akhbar itu, Musa tidak memeriksa maklumatnya atau sebagai bekas Ketua Polis Negara, beliau tidak bertanya dengan Ketua Polis Negara sedia ada, Khalid Abu Bakar, SPRM dan lain-lain agensi kerajaan terlebih dahulu?
Diharapkan Musa tidak terus berdiam diri dan sebagaimana beliau sanggup mengadakan sidang media sebelum ini, seharusnya beliau juga sanggup tampil sekali lagi – sama ada untuk terus mempertahankan hujahnya atau mengakui kesilapannya.
Atau sebagai orang pencen, jika tidak tahu apa-apa dan tiada maklumat secukupnya, lebih baik diam-diam saja daripada bertindak memalukan diri sendiri?
– http://ift.tt/HB7gd4
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZXk8i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI?
Anda sekarang membaca artikel APA KHABAR MUSA HASSAN, BILA NAK BUAT SIDANG MEDIA SEKALI LAGI? dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/apa-khabar-musa-hassan-bila-nak-buat.html