Judul : GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION
link : GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION
GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION
Apabila Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak melancarkan rancangan pembangunan tanah yang pertama lebih 60 tahun lalu ,tentulah tidak termasuk dalam visinya untuk membolehkan peneroka yang miskin mempunyai empat isteri dan anak-anak mereka menjadi penagih dadah.
Tun juga tentulah tidak merancang ke peringkat melibatkan peneroka meminjam untuk membeli saham FELDA yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan berhutang dan bertambah hutang bila saham jatuh.
Mereka telah pun berhutang ketika menjalankan penerokaan dan membayarnya semula bila hasil titik peluh mereka mengeluarkan hasel yang lumayan.
Visi Tun Razak hanyalah sekadarkan untuk membolehkan orang Melayu miskin di kampung-kampung yang tidak bertanah atau bidang tanah yang tidak ekonomik untk memiliki tanah,rumah,kebun dan ladang getah sendiri dalam keadan tersusun.
Perancangan dan pengurusan yang bijak telah menjadikan FELDA jambatan kejayaan penebusan rakyat miskin yang paling berjaya di dunia.
Bagaimanapun peneroka yang berjaya tidaklah pandai menguruskan kehidupan lumayan dengan sewajarnya. Ramai yang lebih bijak menguruskan penambahan isteri ,berseronok suka di bandar dan tidak mendisplinkan anak mereka yang berada dalam keadaan mewah.
Tidak juga dapat dinapikan ibubapa yang terbentuk dengan displin diri telah menjayakan kehidupan anak mereka sehingga mendapat pelajaran tinggi dan menjadi orang profesional yang hebat.
Diantara mereka ialah Datuk Zakaria Arshad CEO FGV yang berasal dari anak peneroka yang sekarang berada di tengah-tengah kemlut pergeseran dengan Tan Sri Mohd Isa Samad seorang veteran UMNO berhubung dengan pengurusan saham FGV.
FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV(Felda Global Ventures Holding Berhad) tetapi tidak dibenarkan untuk diwakili dalam FGV walaupun Penegerusinya Tan Sri Sharir Samad menuntutnya dengan sokongan dari Datuk Zakaria. Ini adalah rahsia politik.
FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu menyalurkan kehidupan ekonomi moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya.
Sebenarnya peneroka-peneroka sudah pun cukup selesa dengan keadaan hidup sederhana walaupun tidak menjadi jutawan,berkereta mewah,berbarang berjenama besar, berbeg tangan berharga RM10,000 atau RM30,000 dan berjet melancong keluar negara.
Disebalik visi hebat ini, peneroka-peneroka FELDA kembali terhutang, meminjam membeli saham FGV dan bertambah hutang setiap kali saham jatuh.Masa depan mereka mereka tidak lagi stabil sedangkan FGV sudah pasti menjutawankan beberapa orang politik dan profesional .
Kebanyakan orang Melayu pada hakikatnya selesa dengan kehidupan sederhana,Islamic dalam penilaian tanpa didoktrinasikan tetapi kesesatan politik dan penanaman nilai baru berasaskan peniruan hidup metrialistic telah turut menyesatkan mereka secara paksa atau sukarela.
Masalah besar yang sebenarnya dihadapi di setiap rancangan FELDA di seluruh negara bukanlah kehidupan tanpa jenama tetapi berjenama dadahyang membunuh generasi baru FELDA . Setandan pisang pun tidak selamat lagi,durian dan rambutan,nangka hilang dari pokok menyebabkan hilang keghairahan untuk bertanam cucuk di kalangan veteran FELDA
Pencuri motosikal dan kereta yang dikenali bebas berada di tengah-tengah masyarakat FELDA,keluar dan masuk penjara dan kembali berada di tengah masyarakat untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dilakukan;memecah rumah,mencuri dan sebagainya. MasyarakatFELDA pun tidak lagi ambil kisah kerana ketakutan dan kebosanan .Mereka menjadi penagih dadah yang kebal.
Inlah masalah lebih besar yang dihadapi di sebalik FGV yang mendatangkan keuntungan berbillion ringgit – anak -anak generasi baru FELDA yang sedang terbunuh setiap hari.
Media perdana tidak lagi berani untuk menyiasat dan mendedahkan malapetaka ini yang wujud disetiap rancangan FELDA kerana ia adalah suatu keburukan sosial yang akan memberikan implikasi buruk kepada kerajaan yang meanggap kejayaan kewangan adalah segala-galanya
Kebangkitan dan kejayaan masyarakat tani FELDA yang diterokai oleh Tun Abdul Razak,gagal di kawal oleh anaknya Datuk Seri Najib yang lebih sibuk menumpukan kepada kawalan kuasanya. Dia sedang membayar harga yang sangat tinggi kepada bangsanya.
– http://ift.tt/1oI7yHl
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZXmgq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION
Anda sekarang membaca artikel GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/generasi-baru-felda-terbunuh-tiap-hari.html