Judul : Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB !
link : Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB !
Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB !
KOTA TINGGI: Cadangan pembangkang untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB tidak perlu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana isu berkenaan adalah kesinambungan saman sivil yang lama dan perkara itu pernah dijawab dalam persidangan Parlimen yang lepas.
Tambahan pula, beliau berkata pembangkang turut mempunyai pelbagai platform lain pada sidang Parlimen bagi mengutarakan pelbagai isu.
“(Dan) sekarang ini kita ada lebih daripada sesi soal jawab. Kita ada ‘Second Chamber’ yang berlaku pada hari Selasa dan Khamis dan kemudian kita ada waktu pertanyaan menteri yang juga memberi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa soalan.
“Jadi bagi saya, apa gunanya sidang tergempar kalau mereka ada banyak platform untuk menimbulkan apa-apa isu dan mereka tidak pernah berhenti daripada menimbulkan apa-apa isu,” kata Azalina kepada pemberita selepas program bersahur dan beramah mesra bersama anggota keselamatan di Pos Tanjung Sepang, dekat sini, pagi tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam yang menuntut sidang tergempar Parlimen diadakan segera dan meminta agar usul berkenaan dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. #sumber
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB !
Sekianlah artikel Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azalina Othman Tolak Sidang Khas Parlimen Untuk Bincang Isu 1MDB ! dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/azalina-othman-tolak-sidang-khas.html