Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan

Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan
link : Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan

Baca juga


Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan

PETALING JAYA: Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang mencabar mesyuarat mingguan Kabinet Rabu ini membincangkan tindakan perundangan susulan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang memohon kebenaran mahkamah untuk merampas aset-aset yang dibeli, dipercayai menggunakan dana 1MDB.

Sambil mengulangi gesaan supaya para menteri dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional mengecam isu kleptokrasi yang digariskan dalam tindakan perundangan DoJ, beliau berkata, sekiranya tidak membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet, kesemua anggota jemaah menteri wajar meletakkan jawatan kerana “gagal mempertahankan imej baik dan reputasi Malaysia di kaca mata dunia.”
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah merujuk kepada tindakan saman dibawa DoJ di California pada Kamis lalu susulan kepada tindakan yang serupa Julai tahun lalu.
Dalam tindakan itu, DoJ memohon untuk merampas aset bernilai sekitar AS$540 juta (RM2.3 bilion) termasuk kerja-kerja seni, barang kemas dan hak-hak filem, yang dipercayai telah dibayar dengan dana yang disalur keluar dari 1MDB.
Antara lain, DoJ memohon melucut hak hartanah seperti hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet peribadi, kerja-kerja mahal seni, serta pembiayaan filem The Wolf of Wall Street, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB telah dibawa keluar oleh pegawai peringkat tinggi dana itu dan sekutu mereka. Syarikat 1MDB merupakan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama selepas mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.
Sehubungan itu, Kit Siang juag mengejek mereka yang rapat dengan Najib, yang meletakkan harapan ke atas Presiden AS Donald Trump akan campur tangan dalam kes dibawa DoJ mengenai isu 1MDB.
“Tindakan terkini DoJ juga meranapkan harapan beberapa kenalan rapat Najib bahawa Presiden Amerika Syarikat yang baharu akan Trump akan membatalkan tindakan DoJ mengenai 1MDB, kerana Najib mempunyai ‘rakan golf’ Trump (yang pernah melabel) beliau sebagai ‘perdana menteri yang digemari’ dan mempunyai satu foto yang ditandatangani Trump,” kata beliau.
Dalam kenyataannya, beliau juga menyangkal pandangan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali bahawa pejabatnya tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ.
Kata Kit Siang, hanya pada April lalu, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata beliau yakin siasatan 1MDB mengenai pengubahan wang haram akan membawa hasil walaupun pihak berkuasa Malaysia enggan memberi kerjasama.
Katanya, isu pengkhianatan yang dibangkitkan oleh seorang menteri Umno berikutan tindakan terkini DoJ juga tidak dapat diterima.
Kit Siang berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mungkin tidak sedar sama ada beliau bertindak dengan betul atau sebaliknya apabila mengaitkan dengan dakwaan pengkhianatan dalam isu terbaharu ini.
Menurut beliau, soal tidak setia dan patriotik kepada Malaysia boleh diketahui dengan membaca laporan terbaharu setebal 251 halaman yang dikeluarkan oleh DoJ itu.
Katanya, dokumen itu membawa malu besar kepada Malaysia dalam sejarah 60 tahun negara. #sumber

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan

Sekianlah artikel Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang "Cabar", Kabinet Bincang Isu DoJ Atau Semua Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2017/06/kit-siang-cabar-kabinet-bincang-isu-doj_18.html

Subscribe to receive free email updates: