Judul : Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan
link : Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan
Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan
Hari ini menyaksikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertembung di pintu masuk bilik sidang media, Ibu Pejabat PKR.
Mereka dilihat jalan beriringan memasuki bilik media sambil senyum dan ketawa.
Sementara menunggu ketibaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua berbual mesra membincangkan perihal bilik media PKR yang perlu ditukar.
“Dulu tak ramai macam ni, sekarang kita kena tukar ni, kasihan jurufoto sempit nak buat kerja,” kata Rafizi kepada Azmin.
Sebelum ini, media hangat melaporkan kenyataan balas antara Rafizi dan Azmin selepas didakwa berlaku pertindihan kem menjelang pemilihan jawatankuasa pusat parti itu.
Bagaimanapun, pertemuan hari ini memberikan satu pentanda dan isyarat hubungan mereka tidaklah seperti yang diperkatakan media.-FMT
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan
Sekianlah artikel Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin, Rafizi mesra jalan beriringan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/azmin-rafizi-mesra-jalan-beriringan.html