Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan

Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan
link : Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan

Baca juga


Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjadi ADUN bebas dan pembangkang tunggal dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan bermula sidang akan datang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerusi Mustapa atau Tokpa itu akan dipisahkan dari kumpulan ADUN UMNO.

“Kerusi dia pun dipisahkan dari UMNO, dia wakili pembangkang dalam dewan lah,” katanya selepas kuliah mingguan  di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Mohd Amar bagaimanapun menafikan sudah ada perjanjian kerjasama antara Pas dan UMNO walaupun melabelkan Mustapa sebagai pembangkang tunggal dalam DUN Kelantan


Ujarnya, tiada sebarang keputusan dibuat dalam Muktamar Pas baru-baru ini mengenai tahaluf siyasi dengan UMNO.

“Pas dengan Umno ini tak ada apa apa lagi. Baru saja duduk sekali, tengah mengurat (saling kenal mengenali) belum lagi, bertunang belum lagi apatah lagi nak kahwin, belum ada apa apa lagi,” tambahnya.

Sementara itu katanya, Pas sentiasa membuka pintu kepada Mustapa sekiranya beliau berminat namun bertegas tidak akan membuat sebarang pelawaan.

“Kita buka pintu luas kepada sesiapa yang nak masuk pas, tapi Tok Pa kita tak cari dan pelawa dia, dia nak masuk dipersilakan,” katanya.

Menyentuh mengenai tindakan Tok Pa meninggalkan UMNO, Mohd Amar berkata tindakan beliau tepat dan percaya akan ada lagi pemimpin UMNO yang akan mengikut jejak langkah beliau.

Ini kerana katanya, riwayat UMNO sudah berakhir dan semakin karam sehingga kesudahannya lebih ramai bekas pemimpin parti itu akan menyertai parti lain.

“Sebelum ini saya pernah kata UMNO kena bubar dan masuk Pas semua. Zaman UMNO sudah tak ada.

"Dulu kerajaan biasa hidup senang, nak jadi pembangkang bukan mudah kalau tak ada pengalaman, sukar nak teruskan,” ujarnya. - Astro 

Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan

Sekianlah artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/09/tok-pa-akan-jadi-satu-satunya.html

Subscribe to receive free email updates: