['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen

['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen - Hallo sahabat Malaysian Weekly, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen
link : ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen

Baca juga


['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang sebelum ini mengalami kenaikan ketara kembali stabil bermula hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak 2 sen selepas satu kata sepakat dicapai bersama Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pada 14 Disember lalu.
“Pihak pengeluar telur ayam bersetuju atas cadangan kementerian untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan harga di pasaran, serta memastikan bekalan telur ayam,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Salahuddin seterusnya mengesahkan kesemua ladang telur ayam yang sebelum ini disyaki menghadapi masalah penyakit selsema burung kini bebas daripada jangkitan virus Avian Influenza H5 dan H7.
Katanya, masalah tersebut menjadi salah satu faktor berlakunya pengurangan pengeluaran telur ayam ke pasaran, terutamanya di bahagian utara Semenanjung.
“Selain itu kenaikan kadar tukaran wang asing dolar AS berbanding dengan Ringgit yang berada pada paras RM3.86 pada April 2018 meningkat ke RM4.18 pada November.
“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran telur. Secara langsung ia memberi kesan kenaikan harga telur di ladang sebanyak 5%,” katanya lagi.
Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan wujud kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.
Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepas.
Usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.
Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi menolak cadangan itu, malah sebaliknya mencadangkan pasaran dibuka kepada pengeluar asing untuk menstabilkan harga telur ayam.


Appear first on Malaysian News


Demikianlah Artikel ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen

Sekianlah artikel ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ['HEBAT' TAK?] Kerajaan berjaya turunkan harga telur 2 sen dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/hebat-tak-kerajaan-berjaya-turunkan.html

Subscribe to receive free email updates: