Judul : UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti
link : UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti
UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti
KUALA LUMPUR: UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘lompat’ parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah menfailkan writ saman pada 14 November lalu.
“Ibu pejabat UMNO telah mendaftarkan writ saman menuntut ganti rugi pada 14 November lalu menuntut satu jumlah agak besar daripada mereka (yang lompat parti dan menjadi wakil rakyat Bebas).
“Mereka harus tahu kemenangan mereka bukan atas nama individu, atas panji UMNO yang memenangkan mereka, atas kerja jentera dan mereka harus berterima kasih kepada UMNO, bukan dengan melompat parti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam tadi, lapor BH Online.
Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Live itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan menggunakan segala aspek perundangan yang ada bagi menuntut ganti rugi.
“KIta akan saman semua, kita akan menggunakan apa saja aspek perundangan untuk pastikan hutang budi dibayar semula kepada UMNO,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata masalah yang menimpa UMNO kini mungkin disebabkan sikap keterbukaan yang diamalkannya.
“Mungkin ini semua berlaku disebabkan sikap keterbukaan saya dan ini mungkin kelemahan. Ini juga harga yang mahal perlu UMNO bayar,” katanya.
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti
Sekianlah artikel UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Saman Wakil Rakyat Keluar Parti dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2018/12/umno-saman-wakil-rakyat-keluar-parti.html