Judul : Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat
link : Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat
Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat
Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai ‘Raja Troll’.
Program terbaharu beliau Malu apa bossku yang berlangsung semalam, begitu cepat menjadi tular dan menjadi satu ikutan di media sosial.
Malu apa bossku itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas.
Perdana Menteri menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial.
Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan dalam kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.
Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga bossku didakwa berasal dari Sabah.
“Perkataan ini asal dari Sabah dan orang Sabah guna perkataan bossku terutama bila berjual beli.
“Orang Semenanjung yang tak tahu fungsi bossku tapi acah-acah nak pakai dalam perbualan harian,” tulis @ASyrfe
Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan bossku mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.
Sementara sebutan Malu apa bossku mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.
Pemuda tersebut kedengaran menyebut bossku dan disambut oleh Najib dengan menyebut, Malu apa bossku.
Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan Malu apa bossku juga telah tersebar dengan meluas di saluran media sosial.
Ada juga netizen yang memberi anugerah Raja Troll kerana hantaran beliau ke media sosial kini menjadi tular dan berpengaruh.
“Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah,” tulis Najib. Hantaran dalam tempoh sembilan jam itu mendapat 46,000 reaksi, 6,600 komen dan 5,300 perkongsian.
Najib sendiri mengaku tentera sibernya sebelum ini tidak berkesan dan menyifatkan sebagai hanya ‘menghabiskan beras’.
Ada yang menyarankan supaya diadakan himpunan santai Malu apa bossku. “Sudah boleh buat himpunan santai #MaluApaBossku bersama DSN. Pasti ramai berminat join,” saran Shafiq Masjid. - UTUSAN
Appear first on Malaysian News
Demikianlah Artikel Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat
Sekianlah artikel Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Troll Najib terhadap PH dapat perhatian, sanjungan Rakyat dengan alamat link https://malaysianweekly.blogspot.com/2019/01/troll-najib-terhadap-ph-dapat-perhatian.html